Followers

Thursday, July 11, 2013

awal2 lagi dah ada mangsa kena mercun...

hi me dear...

selamat berpuasa d hari ke-2 bulan ramadhan... bestnya cuaca kat putrajaya hari ni. hujan, sejuk jer... kalau weekend cuaca camni memang extra heaven la kan.... tapi paper pun, since arini memang keje so, bekejo lah kito, sekuek nyo... hahaha...

pagi tadi dengar radio era terkejut jugak bila dah ada mangsa kena mercun buatan sendiri... so, sampai ofis terus ler bukak berita harian online n baca INI... adoiyai, adik2 sekalian, tak amik ikhtibar ke dengan keadaan rakan2 yang terkena tahun2 sebelumnya... yang rajin sangat nak buat2 mercun bagai tu kenapa??? korang tak nak raya dengan anggota badan yang dah cukup sempurna dikurniakan oleh Allah swt ke? haaa, kan dah membebel... 

me bukan apa, cuma tak best la... benda2 yang boleh dielakkan daripada berlaku pada ahli keluarga tapi berlaku jugak... ingat dedulu masa kecik2, kami adik beradik sepupu sepupu main mercun n bunga api yang dijual, alhamdulillah, selamat pun... ni adik2 yang terlebih kreatif inovatif sangat sampai cipta sendiri yang tak tahan tu... 

for me, semua patut mainkan peranan... ibu bapa, guru, kawan2 dan masyarakat sekeliling. cuma nya, penah ada kakak kat ofis ni cakap, " budak sekarang ni manja... akak nak tegur anak akak pun takut. sebab takut dia lari dari rumah..." hmmm... no komen la... tapi dedulu (eh, banyak pulak mengimbas nostalgia), kami tiga beradik takut dengan ayah. salah sikit kena rotan, salah sikit rotan. tapi alhamdulillah, walaupun xde la berjaya sangat tapi kami bertiga dapat kerja tetap n hidup bersederhana...

apa2 pun, kalau ade yang nak main mercun buatan sendiri tu, jadikan kes pertama ni sebagai pengajaran.. fikir banyak kali sebelum korang betul2 nak main... kalau boleh, xmo la raya reramai kat klinik atau hospital kan... raya2 kan kita nak enjoy!!! 

me: kalau ade terkasar bahasa tersilap kata, ampun maaf dipinta tau...

No comments: