Followers

Friday, May 3, 2013

jerawat oh jerawat....

hi me dear...

lagi kesinambungan sikit masa pegi bandung aritu. me adalah pemalas bawak kosmetik bagai so berbekalkan hanya sabun pencuci muka sahaja ke sana. balik je malaysia, alahai naik jerawat2 kecil kat muka... so mula la kan, pulun balik pakai toner krim siang supaya jerawat2 itu nyah dari wajah...

then, rupanya ramai yang share info ni...


Lokasi jerawat di wajah anda mungkin disebabkan oleh faktor-faktor berikut:
1 & 2: Sistem pencernaan - Kurangkan makanan segera, lemak & tingkatkan pengambilan air suam.

3: Hati - Kurangkan makanan berminyak dan bahan tenusu.

4, 5 & 7: Kurang minum air - Tingkatkan pengambilan air suam.

6: Jantung – Jaga tekanan darah. Kurangkan makan pedas dan daging. Tingkatkan pemakanan kaya Omega-3.

8: Buah pinggang - Anda mungkin kurang minum air. Lebihkan minum air masak dan kurangkan garam dan kafein.

9 & 10: Pernafasan – Elakkan badan dari menjadi terlalu panas, kurangkan gula dan banyak bersenam.

11 & 12: Hormon – Stres dan hormone punca utama. Pastikan tidur yang cukup, lebih minum air & tingkatkan sayuran.

13: Usus – Lebihkan makanan berserat, banyakkan minum teh herba.

14: Penyakit – Badan anda mungkin sedang melawan bakteria untuk elakkan dari sakit. Banyakkan berehat dan berfikir positif.
 
fuyooo... rajin kan diaorang ni mengkaji. tapi ye la kan... sumenya untuk kecantikan... me jerawat naik kat area 11 & 12. maybe sebab aritu keracunan makanan je la kut... hihihihi... so nanti kalau naik jerawat, leh la counter check balik kat sini. bukan percaya 100% tapi dah nama pun MUNGKIN kan???

me: kena minum air masak banyak2... walaupun rasanya dah bergelen2...

No comments: