Followers

Thursday, October 18, 2012

aku terima nikahnya...

hi me dear...

nak jugak update me blog ni walaupun kesuntukan masa kan... hihihi... ya lor, sebab takut kalau tak keep the spirit in updating d blog, lelama bersawang balik la jawabnya... so, usaha tangga kejayaan.. fighting!

so, semalam adalah g tengok orang bernikah.... tapi dalam filem lah ye (owh, kecintaan untuk menonton wayang semakin menjadi2 sejak dua menjak ni...) tak tahu kenapa tapi boleh hilangkan stres gitu... hihiihi.. yang tak tahan tu, pegi sorang pun, boleh layan kan.. asalkan ada pop corn...


semalamkan tiket murah. so, laju je la booking online. balik lewat sket sebab setelkan keje, solat siap2 kat ofis pastu terus drif ke alamanda... sampai memang just nice la sebab tayangan 6.30pm dan me kluar ofis dalam 6.05pm gitu... lebih semangat nak tengok sebab shinnaz cakap kat blog dia, ok jugak la citer dia...

for me, ok la citer dia. sebab cam romantik kan... n kadang2 rasa cam romantik dia tu seperti cite hindustan... rasa cam ada ke la hai lelaki melayu seperti ini d muka bumi ini skrang ni... hahaha.... tapi yang me rasa ok jugak adalah sebab kata2 parent masing2 (parent Alisa ngan Johan ni la) yang banyak menyedarkan anak2 mereka pasal tanggungjawab sebagai suami isteri. takyah nak sinopsis sangat sebab rasanya ramai dah menonton, ada yang cakap best, ada yang cakap tak best, ada yang cakap macam citer THE VOW yang pasangan dia hilang ingatan jugak (cuma beza jantina je) dan macam2 lagi la...

kalau suka tonton citer melayu, sila ke panggung berhampiran anda ya... tapi kalau tak suka sangat tonton citer melayu tapi nak jugak tengok, me rasa tip nya adalah pegi la hari rabu sebab tiket murah sket ataupun bagi yang da famili mesti dorang lebih suka tunggu kat astro first... mana2 je la yang korang rasa sesuai okeh..

p/s: terkesan tengok bila relate dengan me self... owh, menangis sampai lencun tisu n 'selimut' yang dibawa... T___T

No comments: