Followers

Wednesday, September 12, 2012

sape tengok drama sirrun?

hi me dear...

skrang ni memang kebanyakan orang tengah demam tengok drama adam dan hawa kat astro kan? hihihi, me memula tengok la jugak masa dapat tengok mustika hd tapi bila dah astro tarik balik 'keistimewaan' itu, idok ler me tengok lagi... tapi kan, tak pe la sebab rasa cam ramai je download. nanti leh la copy. hahaha... lagipun, buku citer dah lama beli dan dok kat kampung. so, tak ingat sangat dah sebenarnya jalan cerita dia...

tapi... as usual la kan.. bukan nak citer pasal adam dan hawa.. nak citer pasal sirrun? tengok tak? drama setiap ari isnin dan selasa pukul 8.30 malam kat tv9. pelakon dia, anzalna, zarina af ngan lelaki2 yang me tak kenal...

owh bila tengok poster baru nampak beto. me loike!!!

citer memang menarik... meh me copy dari media hiburan ye.

Sirrun yang membawa maksud rahsia yang terbenam di dalam hati, diterajui pelakon-pelakon hebat dan popular masa kini seperti Beto Kusyairy, Anzalna Nasir dan Zarina Zainoordin.

Bersiaran selama 14 episod, kisah Sirrun bermula dengan persahabatan Laila (Zarina) dan Surina (Anzalna) sejak kecil lagi.


Mereka berkawan baik walaupun mempunyai perwatakan yang amat berbeza. Surina seorang yang sungguh cantik dan lemah-lembut. Malah dia juga bijak dan sentiasa mendapat keputusan cemerlang dalam setiap peperiksaan. Sementara Laila tidak bertuah seperti Surina. Dia datang dari keluarga yang berpecah belah sehingga memaksanya menyara keluarga.


Bekerja sebagai guru di sebuah tadika Islam, Laila menyimpan perasaan dengan Khalid (Hairul Azreen).


Namun Khalid sebaliknya. Dia jatuh cinta dengan Surina dan Laila tidak dapat menerima hakikat itu.


Selepas 10 tahun, Surina kini seorang peguam Syariah yang berjaya dan isteri kepada jurutera bernama Zaid (Beto Kusyairy). Namun nasib Surina tidak begitu baik kerana masih belum dikurniakan cahaya mata. Sehinggalah Zaid bertemu Laila dan jatuh cinta. Mereka berkahwin tanpa Laila mengetahui siapa isteri Zaid yang sebenarnya.


Kisah 10 tahun lalu kini berulang kembali. Kebahagiaan Laila dan Surina kini berada di tangan seorang lelaki. Apakah nasib dua insan yang pernah bergelar rakan baik ini?

best kan kan kan... so apalagi, layannnn...

p/s: kalau ikutkan cam banyak episod gak lagi citer ni. sebabnya si laila tu baru je fall in love ngan khaled dan surina pun cam merelakannya... huhuu...

5 comments:

ieda said...

hurmm memang best ..
tapi akk sokmo x dpt layan kalau citer sedap2 nie huhuh
bukan ape .. selalu sgt ngantuk cepat dan adakalanya melayan anak2 buat kerja rumah

fara said...

mcm best je sinopsis die.
bole la tgk klo free nnti :)

eynda said...

Tengok jugak sesekali terbukak channel tu... best citernyer...

Haslina Harun said...

kadang-kadang tenguk gak ..bestlah pulak bila dah layan

farra8979 said...

kak ieda, fara, kak eynda n kak ina kl: hihihi... sama la. layan sekali sekala time ingat. me pun jarang dah tengok tv skrang ni sebab bila balik ofis je nak rehat.. ^^