Followers

Wednesday, September 26, 2012

Shoe from #kitschen

Hi me dear...

Hahaha... Mati la nak letak jugak picture shoe ni kat blog walaupun dah share kat instagram.. Nak buat camne kan, comel sangat #perasantakabis...

Baru je beli kat Kitschen Alamanda. Memang akui cute tapi me rasa cam sedikit mahal. Nak wat camne nak bayar baru perasan 50hinggit. Tapi sebab dah berkenan, beli la jugak.. Sape berkenan, sila la ke outlet yang berhampiran.. Tapi kat Alamanda cam tak banyak choice sangat. Huhuhu...

P/s: terjebak suka shopping kat sini sejak beli legging... ^^

Sent from Samsung Galaxy Note

Monday, September 24, 2012

rasa macam nak shopping...

hi me dear...


hahaha, mentang2 esok gaji kan tetiba rasa cam nak beli handbag. jeng jeng jeng.. owh tapi bukan la nak beli coach pun kan. just nak mencari charles and keith jer kut... sebab untuk tujuan pakai harian. kalau ikutkan coach sedia ada tu me pakai kalau g jenjalan la. (demand sangat la kan, nak beg jalan nak beg g keje, hihihi).




dah lama dah me berkenan dekat bag yang tali camni. so me rasakan macam akan survey beg yang macam ni dulu la baru akan consider design lain... tapi kalau tak beli design camni jugak maknanya next next kena shopping lagi la kan.. (hahaha, baikkkk punya alasan).

p/s: kena ke pavilion la ngan me lil sis. ehem...

Sunday, September 23, 2012

Beli panty liner libresse dapat panties...

Hi me dear...

Sempat lagi nak quick update sebelum tido. Hihi, me saja je nak share2 kan...

Tadi g beli barang-barang keperluan (barang dapur, sabun basuh, shower gel dan lain-lain), me beli la stok panty liner sama... Rupanya dapat panties. Cute one!!! Ada 2 color, hitam dan putih dan ada macam-macam gambar. Ada gambar cupcake, kiss dan ntah tak ingat pulak.. Malas dah nak g tengok kat wrapper. Huhu... Ini namanya dah ngantuk. Owh ni yang satu pek besar punya tau. Bkn yang pack kecik.

Ok lah. Tu je... Selamat malam...

P/s: saiz adalah 'free size' ye. Harap maklum.

Sent from Samsung Galaxy Note

Thursday, September 20, 2012

Nak kamera cam fasha sandha!!!

Hi me dear...

Rasa macam dah lama tak update. Nak quick update pun cam tak sempat. Nak kata bz sangat tak jugak. Maybe saja buat2 bz la tu, hahaha...

Owh sangat cantik kamera tu kan. Me amik pic ni kat instagram fasha sandha. Dah la suka nikon pastu berkenan kat J1 n its pink.. Owh my... Sangat cantik rasa cam nak 'lari' g beli jap. Tapi of course tak la kan... Sebab kalau beli kamera merah tu nak letak mana? Hihihi...

P/s: pink memang menarik hati dan perasaan...

Sent from Samsung Galaxy Note

Saturday, September 15, 2012

Jam misai...

Hi me dear...

Cute kan jam ni... Thanks for me sayam sister. Dah la always teman me on weekend (open house la, wedding la) pastu siap bagi jam yang super cute ni. Hihihi...

P/s: tengok teringat kat me ayah.. ^^

Sent from Samsung Galaxy Note

Thursday, September 13, 2012

badge instagram di blog...

hi me dear...

sempat lagi ni... jap g ada jemputan berhari raya di ofis orang lain. so, sebelum pergi, update jap..

rupanya yong lagi advance pasal intagram ni. dia dah ada instagram dan siap ada badge kat blog. so, me pun apa lagi nak la jugak kan... hihihi... see, tak rugi ada blog sebab boleh ramaikan kenalan dan banyak ilmu yang dapat dipelajari. chewah!!!


see... cute tak? hahaha... siap dah tukar background untuk blog sekali kan... lagipun kalau blog sama je, cam boring. bukan setakat korang yang boring, orang yang nak update ni pun sama... so, kita adjust2 la sekali sekala yer...

simple dan senang je sape nak try buat... tak caya cuba try test...

KLIK!!!

pastu amik la code dan letak la kat blog masing2...senang kan... tapi kalau tak faham leh la klik tutorial yong ni. maybe akan lebih faham kut... ^^

 p/s: okey dah... nak g beraya dulu... bye...

iphone5 dah ada di pasaran...

hi me dear...

wah, rata2 kat facebook dok update pasal iphone5. huhuhu, memang lawa tapi harga pun mesti la mahal kan.. tapi dengarnya pasni iphone5s pulak akan menyusul. adoiyai, tak terkejar rasanya. kalau yang memang betul2 suka gajet camne la kan...


me suka jugak gajet. sebab tu suka handphone, ipad, notebook dan lain2... tapi kalau banyak sangat pun tak 'terguna' pulak dan jadi membazir. ni me bb dah reput tempat tekan volume n kamera. so, me tengah terfikir nak beli iphone5 tukar casing dia.. sian me bb. walaupun terendam dalam toilet satu ketika dahulu, masih ok lagi tau dan so far, bateri tahan dalam 3-4 hari. hebat tak? owh, sape dah serbu untuk beli iphone5 ni boleh la share harga dan spesifikasi kan.. sharing is caring... ^^

p/s: memang menarik. tapi me prefer me samsung note sebab skrin besar. kadang2 boring leh layan movie...

Wednesday, September 12, 2012

sape tengok drama sirrun?

hi me dear...

skrang ni memang kebanyakan orang tengah demam tengok drama adam dan hawa kat astro kan? hihihi, me memula tengok la jugak masa dapat tengok mustika hd tapi bila dah astro tarik balik 'keistimewaan' itu, idok ler me tengok lagi... tapi kan, tak pe la sebab rasa cam ramai je download. nanti leh la copy. hahaha... lagipun, buku citer dah lama beli dan dok kat kampung. so, tak ingat sangat dah sebenarnya jalan cerita dia...

tapi... as usual la kan.. bukan nak citer pasal adam dan hawa.. nak citer pasal sirrun? tengok tak? drama setiap ari isnin dan selasa pukul 8.30 malam kat tv9. pelakon dia, anzalna, zarina af ngan lelaki2 yang me tak kenal...

owh bila tengok poster baru nampak beto. me loike!!!

citer memang menarik... meh me copy dari media hiburan ye.

Sirrun yang membawa maksud rahsia yang terbenam di dalam hati, diterajui pelakon-pelakon hebat dan popular masa kini seperti Beto Kusyairy, Anzalna Nasir dan Zarina Zainoordin.

Bersiaran selama 14 episod, kisah Sirrun bermula dengan persahabatan Laila (Zarina) dan Surina (Anzalna) sejak kecil lagi.


Mereka berkawan baik walaupun mempunyai perwatakan yang amat berbeza. Surina seorang yang sungguh cantik dan lemah-lembut. Malah dia juga bijak dan sentiasa mendapat keputusan cemerlang dalam setiap peperiksaan. Sementara Laila tidak bertuah seperti Surina. Dia datang dari keluarga yang berpecah belah sehingga memaksanya menyara keluarga.


Bekerja sebagai guru di sebuah tadika Islam, Laila menyimpan perasaan dengan Khalid (Hairul Azreen).


Namun Khalid sebaliknya. Dia jatuh cinta dengan Surina dan Laila tidak dapat menerima hakikat itu.


Selepas 10 tahun, Surina kini seorang peguam Syariah yang berjaya dan isteri kepada jurutera bernama Zaid (Beto Kusyairy). Namun nasib Surina tidak begitu baik kerana masih belum dikurniakan cahaya mata. Sehinggalah Zaid bertemu Laila dan jatuh cinta. Mereka berkahwin tanpa Laila mengetahui siapa isteri Zaid yang sebenarnya.


Kisah 10 tahun lalu kini berulang kembali. Kebahagiaan Laila dan Surina kini berada di tangan seorang lelaki. Apakah nasib dua insan yang pernah bergelar rakan baik ini?

best kan kan kan... so apalagi, layannnn...

p/s: kalau ikutkan cam banyak episod gak lagi citer ni. sebabnya si laila tu baru je fall in love ngan khaled dan surina pun cam merelakannya... huhuu...

Tuesday, September 11, 2012

instagram...

hi me dear...

kemalasan yang melanda dan sangat susah nak diubati. susah kan nak update blog sebab kadang2 takde apa yang nak diceritakan atau pun tak tau nak cerita camne ataupun.......... (fikir alasan sendiri la yer, hahaha...) memang respek betul pada blogger2 tegar yang hari2 update blog. yang pasti sebab me ni malas, earning nuffnang pun takat tu je la.. huhuhu...

owh, last week me birthday (sila rujuk pic kek di entri bawah). 8.9.79. eh, tak malu ke siap letak tahun? hmmm.. apa ada pada nombor. nanti dah tua kerepot pun, tak kan nak cakap sweet 17 lagi kan.. lagipun, me dah selesa dengan farra8979. hihihi... tapikan bukan nak citer pasal birthday pun.. nanti pic celebrate birthday later la ye..

sebenarnya nak citer pasal INSTAGRAM... 


sebab nak citer adalah kerana me dah ada akaun. hahaha... benda baru sume orang nak ada... the best part is, u can share picture, people (usually followers) will like or comment... IG gak boleh di link kan pada twitter, facebook dan sebagainya... 

me still new (create akaun dah lama tapi tak sempat nak explore, hahaha...) so, baru sikit je follow dan orang follow... dan ada beberapa artis yang me follow gak cam fasha sandha, nora danish, nabila huda suhaimi... dekat twitter pun memang follow dorang tapi ntah nape suka sangat lakonan dorang... rajin nak ber tweet sebab update pendek, rajin nak IG sebab leh share pic. tapi apa2 pun, harap2 me blog ni berkekalan... ^^

so, sape2 rajin nak follow follow ni, boleh la cari me... as usual, just search farra8979.

p/s:  buka akaun memang senang, tapi nak maintain tu agak susah kan... huhuhu...

Sweet memory...

Me birthday cake... 

Sent from Samsung Galaxy Note

Tuesday, September 4, 2012

Batuk dan selsema...

Hi me dear...

Uhuk uhuk uhuk... Adoiyai, fenin kepala. Tambah2 ofiskan sejuk sampai me kena pakai stokin pink (tapi kalau kluar dari bilik memang bukak la...) Ni semua gara2 batuk dan selsema. Suara pun macam rockers dah tapi tak best sebab garau bebenar rasanya... :-P

Daripada hari nak balik sini lagi tak sihat sebenarnya, sampai la skrang... Tapi peliknya bila g beraya umah kengkawan, batuk ni behave la pulak... Ke, sebab asyik berjalan2 sampai lupa nak batuk? Ok la... Dah makin melalut dah ni...

P/s: harap2 cepat la sembuh.. Banyak lagi open house ni.. ^^

Sent from Samsung Galaxy Note

Monday, September 3, 2012

takziah buat fillanie sekeluarga...

hi me dear...

me baru aje baca kisah antara me fav blogger iaitu fillanie yang kehilangan adik tersayang... sedih sangat tau... sampai menitis air mata baca entri tu... tapi, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. semoga keluarga tabah menghadapi dan arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman, amin...

kalau nak baca, leh klik sini.

p/s: al-fatihah...

weekend yang panjang #merdeka raya...

hi me dear...

so, hows life? best tak weekend yang panjang? as for me, memula nak ikut me sis trip to tioman. tapi fikir2 balik, keadaan poket yang sangat2 kering kontang, so better stay at home... nak ke bukit jalil untuk sambutan hari kemerdekaan? NO NO NO... sangat sesak n me don't like...

so, hari JUMAAT memang stay kat rumah je la.. ngadap citer korea (lama da tak update pasal citer korea kan...) ari SABTU baru teringat banyak open house (lebih kurang 4 buah rumah). cuma kena decide sama ada nak g atau tak je. bila ajak2 kengkawan (kak yah n nini) dan dorang bagi respond positif, apa lagi... round putrajaya la... starting from PICC n last but not least at presint 18... phewww, gendang gendut tali kecapi, kenyang perut, suka hati...selesai g beraya, kak yah sms pulak dapat invitation dari sepupu dia kat ampang open house. kalau kak yah nak pegi, me on kan aje sebab tak de benda pun nak buat kan... so, hari AHAD, pegi la ke ampang. menggunakan PAPAGO, sib baik sampai ke destinasi. makan makan makan sampai kenyang, baru balik... hahahaha.... itu je la aktivitinya... sorry la, takde pic pun. maybe next time kalau ada invitation lagi, insyaallah...

p/s: just a quick update... ^^