Followers

Friday, July 27, 2012

suka sebab pink...

hi me dear...

camne puasa? dah 7 ramadan kan. alhamdulillah, semoga dipermudahkan segalanya, amin...

hari ni ngan semalam ada jualan puspanita kat me ofis. hihiihi, biasa la kan. time gaji n dah nak raya ni, macam2 dijual. kali ni tak beli la tudung fareeda sebabnya cam dah banyak n boleh dikatakan kebanyakan color yang me minat sume dah ada..


so me beli ni... tupperware okeh... hihhiii... beli dua, satu untuk mama n satu untuk me. besar tau, boleh isi keropok. suka sangat2 sebabkan me dah lama aim. rasanya cam dari tahun lepas tapi sebab hot color, sokmo abis. so, alhamdulillah. tahun ni dapat gak beli... 

p/s: bila call mama bgtau kan... suka dia... ^^

Thursday, July 26, 2012

rezeki raya 2012...

hi me dear...

wah, sume yang keje gomen happy betul sebab Perdana Menteri Malaysia announce nak bagi setengah bulan gaji atau minimum RM500.00. hihihi, alhamdulillah kan. ada rezeki sikit. n boleh la diagih2kan mengikut keperluan... me pulak dah macam2 planning dalam kepala. adoiyai, fenin betul..tapi tak pe. kena la pandai2 sendiri kan. jangan membazir kerana membazir itu amalan syaitan... ^^

pic ni share dari blog shinnaz

p/s: me ayah sayang pun dapat jugak. yahooo!!! eh, macam la dapat duit raya kan...

Tuesday, July 24, 2012

Susah kahwin tak sekufu...

"JIKA sebelum ini ramai wanita melahirkan rasa tidak puas hati apabila dimadukan, berbeza pula dengan Zahira yang teringin sangat melihat suaminya berkahwin lagi, supaya suaminya tahu sama ada langit tinggi atau rendah.
''Saya berkahwin 14 tahun lalu. Walau sebaya, kami memang tidak sekufu. Dia lulusan SPM dan bekerja sebagai pembantu makmal. Saya guru berijazah. Bapa saya imam dan keluarga kami amat bahagia, manakala keluarganya porak peranda. Ibunya jarang solat dan suka hiburan sensasi. Tanyalah tentang artis, dari A-Z mertua saya boleh jawab. Bapa mertua pula pemandu teksi, rajin solat, rajin ke surau, tapi perempuan keliling pinggang.
''Suami saya, Bad, sebelum dan awal kahwin nampak baik, rajin solat, hormat ibu bapa saya. Lepas maghrib, dia ajar budak-budak mengaji, jadi guru KAFA. Kerana itulah saya terima Bad walaupun taraf pendidikan kami berbeza. Tambahan pula ustaz yang kenalkan, tentulah saya tidak salah pilih.
"Setelah berkahwin, kami tinggal di rumah ibu bapa saya. Tiga tahun pertama, semua lancar, Bad turut beri nafkah walaupun sedikit. Selepas tiga tahun dan dapat seorang anak, kami pindah ke rumah sewa. Awalnya Bad tak setuju. Agaknya senang segalanya ditanggung.
''Memandangkan pendapatan saya lebih besar, maka belanja anak, lampin, susu, ubat, upah pengasuh semuanya saya bayar. Dia mula seronok kerana saya tak pernah minta apa-apa. Bad hanya bayar sewa rumah dan bil asas. Belanja dapur dan makan minum saya sediakan.
''Ketika mengandung, saya pergi sendiri ke klinik. Bila anak kedua dan ketiga lahir, perbelanjaan semakin bertambah. Bad makin culas beri duit belanja harian. Akhirnya perbelanjaan anak 100% atas saya, dari belum sekolah, masuk tadika hinggalah sekolah. Itu belum kira belanja makan minum dan urusan rumah tangga.
''Apa yang menyakitkan hati bila anak pertama nak daftar ke sekolah, pun saya terpaksa uruskan. Bad tak mahu pergi alasannya dia tak ada duit dan sibuk. Perkara yang sama berulang pada anak kedua dan ketiga. Sayalah uruskan van sekolah mereka ke rumah pengasuh. Pendek kata semuanya 'atas batu jemala patik.'
Persengketaan''Bila beban semakin berat manakala suami lepas tangan, pastilah berlaku persengketaan dalam rumahtangga. Bila saya merungut penat dan duit tak cukup, dia marah konon sepatutnya dia pilih isteri yang tak bekerja, dapat urus keluarga dengan baik. Amboi sedapnya menyakitkan hati saya, dia memang tak reti bersyukur!
''Satu perangai buruk Bad kalau kami bergaduh, dia lari tidur di rumah ibunya dua tiga hari tak balik. Hubungan saya dengan ibu mertua jadi dingin. Mungkin fitrah seorang ibu mesti hendak memenangkan anaknya. Buktinya bila bersemuka, ibu mertua hentam saya habis-habisan. Tahun lepas Bad tak balik rumah tiga bulan. Dia tinggalkan bontang kami anak-beranak, tanpa nafkah, tak ambil tahu sakit pening.
''Dengan senang hati dia duduk rumah ibunya. Saya tak faham macam mana ibunya boleh biarkan Bad berperangai macam tu! Agaknya mertua dan Bad senang hati tengok saya macam nak pengsan uruskan anak-anak.
''Kesian anak kedua yang rapat dengan Bad. Bila Bad balik selepas tiga bulan, dia ikut Bad walaupun nak ke tandas. Tapi Bad buat muka selamba.
''Sengketa kami tak pernah reda. Masalah besar kami, wang. Selama kahwin, Bad tak pernah beri belanja raya, malah baju raya dia pun saya belikan! Dia juga tak pernah bayar yuran sekolah, baju, beg, kasut, semuanya atas bahu saya.
''Kerana perbelanjaan bertambah, saya mengajar tuisyen. Bad duduk rumah jaga anak, itu pun saya beri upah sebab dia merungut kononnya dia boleh buat kerja lain.
''Bila orang sibuk berniaga, dia pun sibuk, tapi duit saya jadi mangsa. Begitu juga bila orang heboh bercerita fasal forex, dia pinjam lagi duit saya. Malangnya telungkup lagi! Setakat ini dia pinjam lebih RM20,000. Gayanya memang tak ada tanda-tanda nak bayar balik!
''Dalam pada itu, Bad kata dia dah tak minat kerja makan gaji. Atas nasihat ibunya, dia berhenti kerja dan jadi pemandu teksi. Abang iparnya beri kereta Wira tapi kereta itu dah berusia lebih 15 tahun, jadi banyak perlu diperbaiki. Duit yang dia dapat sehari-hari daripada penumpang tak dapat bayar apa-apa kecuali untuk teksi buruk tu!
''Akhirnya hutang keliling pinggang. Paling saya risau dia hutang ah long. Tiga tahun lepas saya langsaikan hutang ah long RM3,000 sebab takut diri saya dan anak-anak jadi mangsa.
''Kemuncak sengketa kami apabila dia pukul saya. Puncanya ketika saya mengajar tuisyen, dia tidur berlengkar macam ular sawa. Anak-anak tak makan. Bila saya bersuara, saya disepak, dicekik dan diterajang. Bila saya jatuh terlentang tak boleh bangun, dia keluar tinggalkan saya dan anak-anak.
"Cuba pembaca bayangkan, kalau saya pengsan, anak-anak masih kecil, pintu rumah tak ditutup dan ketika itu pukul 10 malam. Sekali lagi dia balik rumah ibunya. Ibunya puas hati saya teruk kena bantai.
''Saya buat laporan polis. Tapi tidak ke pejabat agama sebab tak mahu bercerai. Sebenarnya tiada lagi rasa kasih pada Bad, saya benci tengok dia. Tapi saya kesiankan anak-anak. Mereka masih harapkan kasih seorang ayah. Bad selalu cabar saya minta cerai. Saya tak nak, kalau dia kahwin lain lebih baik. Saya nak tengok dia kahwin dengan wanita tak bekerja yang boleh layan dia. Saya nak tengok macam mana dia nak beri makan anak isterinya dengan perangai pemalasnya.
''Nasihat saya kepada wanita yang berpendapatan tinggi nak berkahwin dengan lelaki lebih rendah gajinya, jangan bagi muka sangat. Biar suami belajar sara keluarga sejak mula kahwin lagi. Sebab kalau dah terbiasa dibantu, lelaki akan ambil kesempatan lepaskan tanggung jawabnya kepada isteri dengan alasan mereka tak ada duit. Jadi sampai bila anda nak pikul tugas dia? '' Itu cerita Zahira mengapa dia suka suaminya kahwin lagi."

p/s: dapat cerita ni dikirim thru me email.. so, saje nak share. apa yang penting,  yang baik jadikan amalan, yang buruk jadikan teladan... hmmm...

Sunday, July 22, 2012

Setem

Hi me dear...

Kemas kemas kemas dan kemas barang, jumpa ni... ^^

Sent from Samsung Galaxy Note

Alhamdulillah... Rezeki puasa pertama dari ahli parlimen Putrajaya

Hi me dear...

Selamat berpuasa untuk semua umat Islama tak kira di mana berada yang sudi baca me blog ni. Alhamdulillah, kali ni kita berkesempatan lagi untuk bertemu Ramadhan dan mudah2an dipertemukan dengan bulan Syawal selepas ni...

Panjang pulak intro... Hihihi.. Alhamdulillah semalam dapat kurma dan rendang daging dari ahli parlimen putrajaya. Rezeki namanya kan.. Yang penting rasa dia sedap sangat... Hihihi, me share makan ngan Lin n K. Yah... Ye la, sharing is caring...^^

Hari kedua ni pagi2 ni hujan pulak di Putrajaya. Nampaknya makin sedap la me dua kesayangan tu tido.. Me dah x leh tido. Pening..

Ok la, tu je. Me nak turun tengok tv jap...

P/s: jangan buat2 lupa atau puasa yang yok... Hihihi... ^^

Sent from Samsung Galaxy Note

Friday, July 20, 2012

selamat menyambut bulan ramadhan...

     Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan
     puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan jika  ia 
     tidak melakukan hal-hal yang berikut:

  * Tidak memohon kemaafan terlebih dahulu  daripada  kedua orang tuanya (jika masih ada);
  * Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
  * Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang disekelilingnya/ rakan rakan


  Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita
  bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah
  Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.

** Oleh itu, di kesempatan ini saya dengan rendah hati mohon maaf   daripada anda semua seandainya  saya pernah menyakiti hati sesiapa sahaja  -   samaada disengajakan mahupun tidak sengaja..
Apa yang  baik itu  datangnya  dari Allah dan yang buruk itu pula  dari kelemahan saya sendiri..



“   SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK DAN SELAMAT BERPUASA..”
·      Semoga Ramadhan tahun ini adalah Ramadhan yang terbaik buat kita semua.

Maria Elena & Hijabista


Cunnya... Me first hijabista magazine. cover maria elena, me loike....

Sent from Samsung Galaxy Note

Wednesday, July 18, 2012

Power Bank...

Hi me dear...

Fuhhh, berpeluh sat g amik barang kat unit mel tadi. Maklum la, kena g amik barang personal sendiri skrang ni.. Huhuhu...

So, alhamdulillah.. Power bank yang me order dah sampai. Me order power bank ni sebab pakai mobile internet kan bateri laju aje abis. So, dengan ada menda alah ni, harap2 boleh membantu especially time emergency... Ok, tu je nak share... ^^

P/s: nak try bukak. Best ke x?

Sent from Samsung Galaxy Note

Tuesday, July 10, 2012

fareeda oh fareeda...

hi me dear...

fareeda memang sangat digilai ramai skrang me rasa kan. banyak betul tudung yang cantik2 tau. hihihi.. sampaikan me ayah datang umah terkejut tengok me koleksi. siap tanya, "jual ke?" hihihi... no la ayah... hanya hobi (ewah, hobi konon..)

kali ni memang banyak tudung lawa2... sebabnya kita kan dah nak raya (puasa pun belum kan). so, pepagi cam nak 'jamu' mata sat. tapi sedih pulak bila...




v




v




v




v




p/s: motivasi diri sendiri: benti beli sebab ada lagi yang tak pakai. tapi, boleh ke? hihihi...

Saturday, July 7, 2012

Fizo Omar di Alamanda...

Hi me dear...

Me baru balik dari Alamanda. Pergi tengok hero yang hensem, iaitu spiderman... Suka suka sangat. Macam nak tengok lagi tapi xmau 3D dah.. X best pakai spek. Eh, tapi xde kaitan ngan pic kan. Sebabnya bukan nak citer pasal movie tapi pasal hajaba.

Rupanya hajaba ada launching apa ntah. Dan pengacara majlis fizo omar.. Wah, 1st time tengok dia live. Hensem okeh. Tapi pengacara pompuan me tak kenal, sorry.. Masa bagi ucapan, owner hajaba puan mona tu cakap akan ada artis2 lain seperti yat, natasha hudson dan lain2... Tapi me tak tunggu pun sebab nak balik masak... :-P

P/s: siap wat daging gulai kuning... Okla tu. Sebab dah xde idea nak masak apa kan...

Sent from Samsung Galaxy Note

Thursday, July 5, 2012

baru balik dari penang...

hi me dear..

wah, lately ni sedikit bz. (ye ke sedikit? lebih kurang halal la kan...) hihihi... sebenarnya me baru balik outstation.. ke penang sebenarnya... aritu bila cakap nak g penang, member2 cam terkejut. larat ke pegi sehari je? tapi as for me, nak wat camne kan. dah namanya pun keje...

so, cam biasa la... pegi dengan bos dan sorang lagi pegawai...


bermalam kat grand continental penang
mulanya nak cari hotel lain... tapi memandangkan selain me bos, kami2 kena top up sebab tak cukup kelayakan hotel, so, bos bagi cadangan dok sini je. tapi kan, lepas tu dah sedikit menyesal sebab hotel lama, tak jaga so nampak buruk dan tak best... bila dah tak best, me tak amik la pic... hihihi...

view from me room... bayangkan bestnya kalau dok kat traders tu kan... ^^
sebabnya, ada 1st avenue... hahaha...
esoknya, kami memulakan tugas... ni bukan g jenjalan. dah nama pun keje kan. so, sama cam ofis la. dalam 8 lebih makan n terus gerak... SAYA YANG MENURUT PERINTAH...

suka sebab bila dok dalam bangunan tinggi, sume nampak kecik...
see??? so cute...
so, ke pulau jerjak...
ke sana pun atas urusan kerja yang sama... memang best la sebab pengalaman ni hanya dapat masa keje je. kalau saje2 mana la dapat, kan... tapi sangat penat... fuhhh... berpeluh jugak la...

ni dah nak balik. dapat la naik feri yang open air... syok!!!
ktorg lalu bawah jambatan pulau pinang ke-2 yang masih dalam pembinaan... panjang dari jambatan yang pertama...

hahaha, ingatkan nak letak jugak muka comot... tapi tak yah la... sebab me rasa cam comot bebenor. dengan berpeluhnya dan habis ilang sume make up... huhuhu... sampai ke seberang, terus la balik ke putrajaya. singgah RnR untuk solat dan minum petang je... dalam 8.30malam selamat sampai...

tapi kan, yang paling tak tahan bila esoknya, dalam pukul 3pagi camtu, tetiba didapati bumbung rumah bocor... (me dah update kat entri ni...) tahun lepas bocor tahun ni bocor lagi... adoiyai, kejam sungguh... penat disambung dengan penat jugak... n me terpaksa mengelap 'banjir' sorang2... langsir dah tak larat nak cabut, biarkan aje... huhuhu...

eh, tetiba dah terlari topik kan... ok, tu aje...

p/s: ikutkan hati nak pindah. tapi memikirkan nak angkat barang tu, kira KIV la dulu ye...

Wednesday, July 4, 2012

Rumah bocor lagi...

Hi me dear...

Ni yang tak bestnya kalau duduk kuarters lama. Asyik bocor je.. Tahun lepas bocor pastu panggil dah maintenance suh repair. Tapi ni bocor lagi.. Adoiyai, me tension...

Sib baik arini memang apply cuti. Memula ingatkan nak cancel je cuti tapi dah jadi lagu ni memang semput la.. Huhuhu...

P/s: penat outstation tak hilang pun lagi. Hmmm...

Sent from Samsung Galaxy Note

Monday, July 2, 2012

Thank you bos...


Sent from Samsung Galaxy Note

Sunday, July 1, 2012

Sesuatu yang comel...

Hi me dear...

Hahaha, kelakar pulak me rasa tajuk entri ni. Takde la. Sebenarnya tadi me ke Jusco Balakong. Niat d hati nak tonton Madagascar dan nasib baik masih d tayangkan. 

So, dah alang2 ke sana, K. Yah minta tolong belikan perfume kat Face Shop. Ehem... Alamak, rahsia ni, nanti kena marah. Hahaaha... Ok2 lupakan perfume tu. Ehem... Hahaha..

Me cuma nak tunjuk travel kit yang comel ni. Comel sebab warna pink. Dalam tu ada shampoo, conditioner, shower gel ngan lotion. Yang penting murah!!! Sebabnya harga RM19.90 dan memandangkan me member, dapat 30% diskaun. Pengsan...

So kalau sapa2 nak sila la ke Face Shop.. Mana boleh bagi yang ni, sayang tau... :-P

P/s: sila jaga barangan berharga. Sebab ramai lak yang kena tangkap ngan security arini...

Sent from Samsung Galaxy Note