Followers

Friday, May 4, 2012

peminta sedekah: betul2 susah atau mengharapkan pertolongan orang semata2?

hi me dear...

cepatnya masa berlalu kan. hari ni dah hari jumaat dan tak sangka rupanya dah mei 2012. semoga hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini dan seterusnya lah... ^^

tetiba di pagi jumaat yang mulia ni, rasa cam nak bincang isu peminta sedekah... hahahaha.. sekarang ni me rasa macam ramai giler peminta sedekah di malaysia ni. huhuhu, daripada warga malaysia sehingga lah warga asing... dan nampaknya warga asing semakin hari semakin bertambah..

ni semuanya sebab me abg yang sangat la 'pemurah'.yang tak tahan tu, semalam me abg baru cakap dia bagi duit RM10 kat orang sebab orang tu nak jual handphone sebab takde duit. bila me tengok handphone tu, dah berkecai... alahai, ntah2 orang tu drug addict ke... kalau kita bagi cam galakkan dia pulak kan... for me, bagi orang yang nak memberi tu, kalau ada duit lebih takpe la nak bagi kan. tapi, kalau nak makan sendiri pun takde, nak beli rokok pun tak lepas dan minta kat orang lain, camne bagi sedekah kan?

kadang2 me abg ni, takde duit kecik pun sanggup minta dengan me... NO WAY! bukan tak mau bagi atau kedekut ya, tapi me tengok la keadaan orang yang memnita tu dulu.. bukan nak berkira ya.. tapi pernah ada warga asing tu datang rumah ketuk2 pintu. then, bila bagi sorang, dia akan panggil geng2 yang lain supaya datang rumah yang sama... bukan SINDIKET ke camtu?

ada jugak orang malaysia yang berlakon buta. hari sabtu me and me sis pergi jalan tar, datang orang buta tu masa kitaorang tengah makan... ok fine kitaorang pun bagi la ramai2... tetiba, ari isnin me pergi pwtc, jumpa orang buta yang sama. yang tak tahan tu, me friend cakap, masa nak bagi tu, mata dia tengok ke arah duit bape yang kitaorang nak bagi. alahai... nak menipu pun agak2 la kan...

 
ok the point is, me rasa macam GEERRAAMMMM sangat2 bila yang minta sedekah tu dalam keadaan tubuh badan yang sihat dan ada yang kalau tak bagi, dia boleh marah2 kita balik. subhanallah... cuba la cari inisiatif sikit untuk bekerja dan cari rezeki yang halal. memang betul, dalam rezeki kita mungkin ada rezeki orang lain. tapi.... come on la. kalau betul2 susah takpe. ni yang malas nak keje dan harapkan pertolongan orang semata-mata...

p/s: lain orang, lain pendapat kan... sedekah biar ikhlas. tak guna la kalau lepas derma/sedekah, lepas tu mulut pot pet pot pet... . selamat hari jumaat.

No comments: