Followers

Tuesday, January 31, 2012

jom balik kampung...

hi me dear...

yeay!!! arini me last day keje untuk minggu ni... so, akan pulang ke rumah ayahanda dan bonda tercinta... so, apa2 pun, pada yang balik kampung, berhati2 di jalan raya tau... ingatlah orang yang tersayang...



p/s: petang ni balik ngan me adik dulu... ari jumaat baru la me abg follow balik kg... ^^

Monday, January 30, 2012

journey 2

hi me dear...

yeay! me dah tengok citer journey 2... suka suka suka... hahahaha... memula tak teruja sangat nak tengok sebab ada yang cakap cerita yang simple dan macam budak2. tapi me friend megna cakap, mau tengok the rock. so, apa lagi.... alamanda lah kami ari sabtu... pas makan2 kat chicken rice shop, terus turun untuk menonton...


kalau tengok poster memang la cam budak2 kan.. n review kat paper semalam (kalau tak silap surat khabar kosmo) cakap cam tengok national geographic... tapi, bagi me memang ok la kalau nak tengok citer ni sebab:
  1. view memang sangat2 cantik... kalau sesapa yang nak rasa lagi happening, me cadangkan tengok 3D. sti lagi best... hihihi... 
  2. cerita ni sambungan journey to the center of the earth kalau tak silap... memang minat brandon fraser tapi dalam cerita ni the rock adalah sweet...
  3. ada unsur2 kelakar especially ayah budak perempuan tu (sorry tak ingat nama)...
  4. me siap melatah la pulak dalam panggung. hahaha... dah la panggung time tu senyap.
  5. owh, walaupun banyak unsur cam tak logik tapi cerita ni for me just for fun. nama pun rekaan semata2 kan...
(confius jap apsal tetiba rajin buat list, hihi...) btw, sape yang nak tengok sila la ye... terutama sapa yang minat the rock sebab senyuman dia sangat2 sweeetttt....

p/s: next movie??? bukan minggu ni sebab minggu ni mau balik kampung. yeay!!!

Thursday, January 26, 2012

Kalau tension... sangat2 tension...

Hi me dear..

Quick update...

Aigo... Lots of thing to do today... Maklum la, me ada dua bos kan. So, macam di sana menanti di sini menunggu la pulak. Chewah, sila jangan perasan sangat.

Owh.. Me blog berhabuk. Rasa macam janji pada diri sendiri untuk update at LEAST one entry a day, tak dapat nak tunaikan lagi.. Huhuhu...

Tapi kan, orang cakap kalau tension makan coklat. It makes u feel better. So, me nak makan m&m,s. Lalalala... Eh, jangan makan banyak sangat tau, demi kesihatan diri. ^^

P/s: nyum nyum nyum...

Thursday, January 19, 2012

yeah! ariani ada sales lagi...

hi me dear..

tension tapi sebenarnya suka bila tengok wardina safiyyah tweet tadi:


terus bukak laman web ariani sebab nak tengok kut2 memang dah di promosi kat web. hahaha, pastu me siap call cawangan utama dan tanya betul ke ada sale... and yes! ariani cakap ada sale... ada half-price, ada 30% dan banyak lagi...




laman web ariani
sale start esok ye sempena CNY ni (as mention by wardina)... sampai la 24hb ni. so, apa lagi, moh la beramai2... ^__^

p/s: sape la nak sponsor me tudung ariani... huhuhu...

Wednesday, January 18, 2012

Menu apa malam ni?

Hi me dear...

Huhuhu, kemalasan d tambah dengan banyak keje kat ofis (termasuk kekurangan idea) menyebabkan me tak tau nak update pe. Tapi, insyaallah me blog tak akan terabai lama sangat. Hihihi...

Owh, tengok la me menu malam ni. Simple je. Ni pun request by me abg sebab dia suka makan ketam. So, kari ketam, telur n timun sebagai ulam. Dalam gambar memang tak ada budu sebab lupa. Kendian baru me abg amik kat dapur. Lagipun dia sorang je makan.

Skrang memang jarang masak time balik keje. Kadang2 sebab me penat n no idea nak masak. So jalan mudah, makan kat kedai. Hihihi, tapi kalau me abg request memang me akan masak la. Sapa yang rajin n masak hari2 memang me tabik spring. Masa memula kawen memang me rajin gak tapi lelama tak tau nak masak pe, tu yang susah tu... Kalau ada idea, share la ye. ^^

P/s: jenuh jugak nak fikir nak masak apa hari2, kan...

Sent from Samsung Galaxy Note

Sunday, January 15, 2012

Hari Sabtu = Hari Jalan2 Cari Makan

Hi me dear...

Hihihi, tetiba rajin pulak nak update... Me excited sebab hari sabtu yg best. Memang ajakan me friend a.k.a Kak Yah untuk jalan2 cari makan berjalan lancar.

Destinasi kitaorg adalah Jusco Balakong. Memandangkan kitaorg x bekpes, kaki memang terus melangkah laju nak g makan kat johnny's. Nyum nyum... Sangat sedap. Eh, tapikan kalau perasan, walaupun harga masih sama, rasa cam kuantiti sikit. Sebab tu bila kitaorg dah abis makan, rasa tak kenyang lagi (dah memang makan banyak pun kan)...

Pastu, dah pusing2 kat jusco n tak terasa nak beli apa2, Kak Yah sudi teman me tengok Jack and Jill.. Yeay!!! Finally... Sebabnya minggu lepas nak g tengok tapi tak kesampaian. So, bila g tengok ngan Kak Yah memang best la (gelak macam tengok kat umah sendiri)... Owh, tak yah wat review la kut sebab citer ni dah lama main kat panggung ye...

Pas dah tengok wayang, kitaorg rasa cam lapat n nak makan nasi. Berdesup la pulak ke ayam penyet @ bangi... Hahaha, antara fav kan... Pas makan (mata mula la ngantuk), kitaorg pegi pasar malam bangi.. Wah, bestnya tengok tudung. Me loikeee.. Tapi seriuosly, me tak beli paper pun. Sebab ari jumaat bila berkesempatan g pasar time tengahari ngan ifa, me dah beli tudung. So, g pasar malam ni kira cam 'window shopping' je.. Dan yang bestnya, penutup jalan2 cari makan kitaorg ialah, k. Yah belanja bakso. Tapi bukan la makan kat situ (kang pecah perut sape susah). Tapau je lor...

Setel sume baru la Kak Yah hantar me balik... Penat tau... Dah la jalan seharian, pastu, dah tua2 ni baru nak melaram pakai wedges. Hihihi.. Tapi yang penting terbaaaiiikkk la...

Ok tu je... Sambung tengok citer korea jap..

P/s: alamak, lupa nak snap pic bagai. So tengok poster Jack and Jill je la ek..

Sent from Samsung Galaxy Note

Friday, January 13, 2012

tazkirah - doa yang kita lupa...

BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN
 semasa duduk antara dua sujud.
 
Dalam tidak sedar, setiap hari kita memohon doa didalam solat kita tetapi sayangnya kita hanya memohon tanpa memahami, sekadar tersebut dibibir tetapi tidak tersentuh di hati kita selama ini. Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat.
 
Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah
 
Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
 
diamlah sejenak,
buka dada dan diri kita untuk menerima keampunan dari Allah seperti membuka
diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air
hujan ketika kita masih kecil.
 
Tetaplah membuka diri kita untuk menerima keampunan Allah.
 
Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan,
kemudian sampaikanlah permintaan kedua,
 
Warhamni (sayangi aku)
 
Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang
Allah yang tak terhitung besarnya.

 
Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak
kasih-sayang Allah yang kita terima.

 
Ulangilah beberapa kali hingga kita merasa cukup.
Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..
 
Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
Warfa'nii (angkatlah darjatku)
Warzuqnii (berilah aku rezeki)
Wahdinii (berilah aku petunjuk)
Wa'Aafinii (sihatkan aku)
Wa'fuannii (maafkan aku)
Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita
betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita
hanya abaikan begitu sahaja..

 
Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang
berpura-pura memohon sesuatu.
 
Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain
(Hadis riwayat Al-Qudhi)

Tuesday, January 10, 2012

Thanks to Maxis...


P/s: special for me samsung note

Sent from Samsung Galaxy Note

Sunday, January 8, 2012

Yeay!!! Beli doh buku ustaz famous...

Hi me dear...

Hahaha.. Sebenarnya dah lama nak beli buku ni. Tapi asyik tangguh2 je. Ye la, alasannya, nak pegi Jusco baru nak beli. Tu pun sebab kat situ ada kedai buku Popular. Me kan ahli.. Paling2 pun dapat diskaun 10%, alhamdulillah.. Kalau beli kat Alamanda yg hanya ada MPH, me tak dapat la diskaun kan..

Kebetulan pulak, pagi tadi me abg dok pasang youtube tak abes2 dengar ceramah ustaz azhar idrus ni. Lagi la rasa macam nak beli. So, tadi 'cuci mata' kat Jusco jap n me terus beli...

Insyaallah, semoga buku ini dapat memberikan manfaat kepada semua yang membelinya kan, including me! ^__^

P/s: ngantuknya... Nk tido kang, dah nak masuk asar pulak. Huhuhu...

Sent from Samsung Galaxy Note

Friday, January 6, 2012

let shake it with shaklee...

hi me dear...

alahai, ingatkan tahun ni memang rajin la me update me blog kan. tapi apakan daya, bz d awal bulan januari 2012 tak dapat nak dielakkan. tambahan pula, sebelum krismas dah mula cuti hingga awal tahun, hihiihi...


tetiba rasa cam nak citer pasal produk kesihatan. eh, bukannya pandai sangat cuma nak share sikit2 je... its about shaklee. produk ni memang dah lama sangat2 rasanya, kan dan me rasa cam tak percaya gak la sebab ia masih wujud.


owh, sebenarnya me kawan, fara yang introduce. ibu muda bekerjaya yang sangat cute dan energetik. bila tanya dia makan apa, dia bagitau yang dia makan shaklee. me bagitau dia yang me nak kalsium (sebab selalu cramp) dan EPO (evening primrose oil)... so, dia suh makan ni...

GLA Complex - memang ada EPO dalam tu, dan Ostematrix = kalsium

alhamdulillah, so far me makan memang badan rasa segar and tak lemah bila bangun pagi. dulu sti rasa cam malas tapi la ni, hoyeahhh!!! rajin tau... kalau bangun untuk mandi sebelum solat subuh pun, alhamdulillah tak ada masalah...insyaallah, hajat d hati nak continue..

ha, sebelum me lupa, kan....sape yang berminat, boleh lah klik Wuhuu Vitamin! dia akan beri layanan yang terbaik punya... dekat blog tu memang ada detail camne nak contact dia (ada emel dan phone no) and the best part is, dia siap bagi ID untuk sape2 yang rasa nak walk-in sendiri kat shaklee... (promosi ini tak berbayar tau, ni sebab sendiri guna dan puas hati).


p/s: lepas ni dah kalau dah tak cramp boleh la cuba supplement yang lain pulak, kan.. ^__^

Monday, January 2, 2012

Hasil 'tangkapan' di Ariani...

Hi me dear...

Selamat menyambut tahun baru 2012.. Semoga segala impian pada tahun 2011 dapat dicapai dan teruskan segala perjuangan di tahun 2012 pula ya, insyaallah...

Hihihi, sangat tak sempat nak update me blog sebab sedikit sibuk. Sebenarnya, me balik kampung (gilir antara Kubang Kerian ngan Tanah Merah) dan sempat la jalan2 ke Pengkalan Kubor.. Bandar Kota Bharu memang tak akan dilupakan sebab kat situ la tempat beli kiriman kawan2, kan...

Owh, picture tu adalah sempena Ariani sale. Kat Kota Bharu beli 3, sempat jengah di Tanah Merah 3 dan kebetulan arini last day, rembat sekali 5. Pengsan... Me memang suka giler pakai tudung Ariani. So, 'terpaksa' ehem beli... Hihihi... Pasni kena berjimat cermat la jawabnya. Mana tau ada rezeki lagi nak balik Kelantan masa Chinese New Year. ;-)

p/s: me love Ariani.. Ahaks...

Sent from Samsung Galaxy Note

Sunday, January 1, 2012