Followers

Monday, October 31, 2011

me stress: tetiba nak shopping therapy...

hi me dear...

pagi ni stress (sebenarnya hari ahad tapi terbawa sedikit ke hari ini). bukan pasal keje cuma masalah peribadi. but, don't worry, panjang umur, panjang jodoh n murah rezeki, benda yang boleh diselesaikan dengan baik, akan selesai jua..  insyaallah, amin...

me bila stress kan macam2 nak buat, macam2 nak makan n macam2 nak beli.. huwarggghhh, bajet orang kaya la sangat padahal miskin... nak beli apa pun tak mampu... me advice to me self: kena belanja ikut kemampuan kan. lagipun, membazir itu amalan syaitan... TAPI, kali ni tetiba je nak beli barang yang mahal.. huh!!! nampak sangat stress tahap gaban kan.. nak buat camne, me rasa cam kepala nak pecah dah ni... help me!!!

me tahu sebenarnya bukan lah ngan shopping therapy akan setelkan masalah tetapi sekurang2nya akan buat me leka n tak menyusahkan orang sekeliling untuk dengar me problem... me tak mau lagi susahkan orang... sebab sume orang ada masalah masing2 n tak kan la asyik nak ngadap dengar me problem je kan... sob sob sob... T__T

samsung gtab 

upapa music sync

tu la 2 menda yang memang teringin sangat nak beli.. nak buat wishlist pun tak guna sebab memang sendiri kena beli.. jadi, simpan dalam hati, ada duit nanti beli sendiri... ^___^

p/s: owh, entry ni agak mengarut... lebih kepada luahan perasaan dari diri sendiri untuk diri sendiri... maaf...

Thursday, October 27, 2011

ehem ehem...

hi me dear...

ehem ehem... testing 1 2 3...



alahai, tetiba je pagi tadi cam sakit tekak.ingatkan lepas minum air akan jadi ok tapi kan rasa cam makin sakit walau dah berliter2 air me minum.. ni bukan sakit suara jadi serak tau. ni sakit tekak susah nak telan air liur... hmmm.. jangan la demam. raya haji kan dah dekat... nanti kang nanges atas katil sebab tak balik raya demam... huhuhu....

p/s: ntah la, hari ni memang spoil mood la.. rasa cam nak cuti je esok tapi ada meeting la pulak.. T__T

nak marah punya pasal...

hi me dear...

pagi ni agak kalut sket sebab kejut me abg dia x mau bangun n pegi keje... geram plus nak marah sangat tau. padahal, semalam kan cuti deepavali. sepanjang hari dia dok umah je pun. me yang kluar ngan kawan2 sampai la ke pasar malam kat desa pandan. tu pun semata2 me sis cakap kat situ best n banyak pilihan untuk tudung (memang best! sronok sangat...)


eh, abaikan citer hari deepavali. ha, lepas tu kan, kalut la me sebab dah lewat sangat. me ofis ni memang susah parking. kalau datang keje lambat, tawaf la kat bawah tu (tapi alhamdulillah, pagi ni sekali jek tawaf sebab ingat parking dekat ada. bila x de kena pusing lagi sekali).. so masa kat umah tu, me agak kalut2 nak pegi keje, pakai capai n sarung je tanpa tengok menda...

sampai ofis, duduk sambil tunggu komputer nak on, alih2 tengok..





v




v




v




v






hahaha, camne leh pakai cincin me abg ntah la... nak tergelak pun ada. cincin kawen memang la me pakai belah kiri. masalahnya, belah kanan biasa pakai cincin merisik, alih2 tertukar la pulak... hmmm, nak marah pun jadi tergelak... so, dok ofis tak jadi nak marah sebab lagipun akan spoil mood nak wat keje je kan... huhuhu... tak pe, balik kang, sambung marah atau merajuk k...



p/s: buat masa skrang ni, senyum n tak perlu kata apa2... ^__^

Tuesday, October 25, 2011

birthday party anak ashraf sinclair & bunga...

hi me dear..

me sis emel pic ni pagi tadi.. so, meh nak share kat sini. btw, me rasa cam ramai no peminat Bunga Citra Lestari kat me blog ni.. so, hope korang suka ye..







p/s: happy belated birthday! ^__^

"My Nuffnang Story"

hi me dear...

rasa cam lama dah me tak join apa2 kontest daripada nuffnang. walaupun memang tak penah menang (sedih tau), tapi me memang suka nak join... mana tau tetiba bertuah kan.. hihihi...

owh, kali ni terasa nak menceburkan diri kontest Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards 2011. asalnya sebab baru terperasan yang nuffnang hantar email. wah, buat me terasa nak join sebabnya boleh nominate me favourite blog (oppss, undi adalah rahsia) n extra best sebab kali ni buat kat putrajaya..


ini la emailnya...
me blog ni dah lama, since september 2009. tapi masa tu tak de la excited ngan blog ni sebab baru nak belajar kan. sampai skrang pun masih banyak yang kena belajar. bila blogwalking pun sangat best sebab ramai yang share info n tips.. suka tau baca blog2 nih... actually for me, bila blogwalking ni, me dapat tengok ramai yang suka sharing knowledge, info and its about daily life kan.. owh, yang penting, kenalan makin bertambah. alhamdulillah, walaupun belum sampai berjuta-juta lemon kawan baru, tapi dah 255 n insyaallah, dengan harapan semakin ramai kenalan.. n tima kasih pada yang sudi baca me blog selama ni. eh, cam ucapan menang anugerah la pulak, perasan betul... hihihi...


walaupun me tak penah menang (amboi, ulang banyak kali dengan harapan menang ke?), nuffnang memang best la. me earning memang tak banyak cam orang lain, tapi alhamdulillah, ada la gak sikit. bak kata orang, sikit2 lama jadi banyak.. many many many thanks to Nuffnang... eh, sebelum lupa, for more info, klik HERE...


kalau dapat, mesti best kan...
 
p/s: fighting n good luck untuk sume2 yang join... ^__^

iklan
"Come 16 December 2011, 500 bloggers from around the Asia-Pacific region will flock to Kuala Lumpur, Malaysia for the Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards 2011 in Putrajaya Marriott. The Awards aims to not only honour the region's best bloggers, but also to bring together blogger communities from across Asia-Pacific. The Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards is brought to you by Volkswagen Malaysia and Putrajaya Marriott."

Monday, October 24, 2011

ye ke stress?

hi me dear...

bosan la, asyik d tinggalkan d rumah keseorangan. amik bibik dok satu rumah kang, x tau nak kasi wat keje apa. plus nanti sume orang cakap me mengada2 pulak kang. hihihi...

tapi kan, masa kat facebook tadi, me jumpa pic nih...


ye ke sebenarnya bulat2 tu sebenarnya tak bergerak n kalau sapa2 tengok ia bergerak, maknanya tengah stress. hahaha, sebab me tengok bergerak jek n x benti2 pun. pastu pulak, ramai gak yang cakap gerak. huhuhu, adakah rakyat malaysia tengah stress skrang ni? hmmm... cuba la korang tengok, gerak ke tak ye.

p/s: kalau ya, mungkin me stress sebab kena dok rumah sorang2 kut.. hihihi...

aktiviti hujung minggu...

hi me dear...

wah, sihat ke korang sume? dah makan tengahari lum? arini me makan murtabak singapore untuk tengahari. first time tau makan tapi cam pedas lor. pedas rempah... muka dah merah2.. yang tak tahan tu, me friend sampai berpeluh2... hihihi...

owh, sebenarnya nak citer pasal weekend tapi dah sampai ke menu makan tengahari pulak. hihihi... owh weekend memang best. ari sabtu, me friend k. yah ajak kluar makan. sebenarnya tak tau nak makan apa tapi sebab lapar, kitaorang terasa nak makan Johnny;s. then, memang me kan suka ke Jusco so ke Cheras Selatan lah kami. memula makan kat Johnny's n pastu terasa cam nak tengok wayang pulak kan.. me nak tengok me boyfriend, mr hugh jackman... handsome tau... so, ktorang p tengok REAL STEEL... (eh, rasa cam tak payah buat review la kan. sebab ramai dah buat review...) n btw, budak nama dakota memang cute kan. dulu dakota fanning (girl), dalam citer ni dakota goyo.. 


he is tall, dark n handsome, mr charlie kenton

owh, lepas tu kan, me lil sweet sis datang. padahal baru balik dari sarawak. tapi sebab dia tau me miss her so much, malam tu dia datang. n memang kebetulan nak pegi cari barang untuk kawan dia kat oversea tu.. wah, seronok dua ronok tau... hari ahad, me, lin n nini ke jalan TAR. sangat best sebab me cari inner untuk jubah jumpa, n kita orang asyik makan je keje nya n last2 nini borang karpet sampai 4 bidang.. hahaha, sangat banyak kan... me n lin beli sorang satu jek.. keluar pagi balik petang around 5 petang. sib baik me dah setel keje umah n siap masak kan untuk me abg. ^__^


p/s: alamak, bos datang la pulak... erm, kena wat keje dulu...

Friday, October 21, 2011

Selamat Hari Jumaat.. Ada citer lawak ni...

Hi me dear..

Citer ni member2 share kat BBM so me wanna share ngan korang. Supaya, kita tak sedey2 d hari Jumaat ya.

Cerita Lawak Satu:
Ada sepasang suami isteri yang hidup sangat rukun dan damai. Mereka saling mencintai satu sama lain. Sebagai wujudnya cinta, mereka menyediakan tabung cinta di sisi katil yang akan di isi wang sepuluh ringgit oleh suaminya, sebagai ungkapan cinta suami terhadap isteri sehabis berasmara.

Begitulah setiap hari, wang dalam tabungan itu bertambah banyak. Di akhir bulan sepasang suami isteri tersebut membuka tabung itu. Alangkah terkejutnya si suami ketika melihat isi tabungan. Di sana tidak saja ada wang sepuluh ringgit, tapi juga beberapa helai lima puluh dan seratus ringgit.

"Sayang, bukankah aku selalu memasukkan duit sepuluh ringgit ke dalam tabung ini sehabis kita bersama, tapi mengapa sekarang ada beberapa wang lima puluh dan seratus ringit?," tanya suami kehairanan.

Si isteri menjawab, "abang, tidak semua lelaki bakhil seperti kamu. Buktinya banyak yang bagi wang lima puluh dan seratus ringgit."


Cerita Lawak Dua:
Samad telah datang ke sebuah restoran ayam panggang, telah memesan seekor ayam panggang untuk dimakannya. Tidak sampai 5 minit ayam panggang yang dipesannya sampai. Baru sahaja samad nak makan ayam itu, seorang pelayan telah berlari ke arah samad.

Pelayan: encik jangan makan ayam tu. Ayam tu ayam terakhir kami dan encik dibelakang tu yang pesan.

Dengan tidak semena-mena pelanggan dibelakang samad lantas bangun dan memarahi samad.

Pak cik A: KAU Jangan makan ayam tu.. Ayam tu aku punya!!! Kalau kau kepak kepak ayam tu aku kepak-kepakkan tangan kau, kau cabut kaki ayam tu kaki kau aku cabut, kau belah perut ayam tu perut kau aku belah. Apa yang kau buat kat ayam tu aku buat sama macam kau buat kat ayam tu.

akibat terkedu dimarah pelanggan tersebut, lalu dengan selamba samad menjilat bahagian bontot ayam tu..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, October 20, 2011

Alat bantuan menggaru! (sila baca macam suara doraemon ye)...

Hi me dear...

Ntah paper tajuk entri kan.. Hahaha, biarkan la ek. Orang mengantuk yang tetiba nak wat entri memang cenggitu.

Owh, sebenarnya me beli menda alah ni tengahari tadi. Memula ingatkan nak g bank n nak g antar baju kat tailor jap tapi me abg kena pasang laptop sebab ada meeting, so rushing le kami lunch together2. Tapi sempat lagi nyinggah kedai hardware dan me sempat sambar ni. Beli pun sebab susah la nak garu belakang badan kan. Suh me abg memang la dia tolong, tapi kejap dan rase tak puas.. So, skrang dah ade menda ni, boleh la puaskan hati. ^_^

P/s: me abg memang tak romantik pun. Siap senyum2 lagi masa me nak beli menda ni. Huhuhu...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

download lagu kat mana?

hi me dear...

tetiba je kan, tak ada idea langsung nak update me blog. seboleh2nya, me blog walking jek. tapi (chewah, ada tapi la pulak), bila jenjalan blog korang, banyaknya pic makanan...buat me rasa lapar sokmo.. hihihi... so, meh kita citer menda lain...

korang download lagu kat mana ek? masa memula me nak download lagu dulu kan, ramai dah suh download kat 4shared. tapi me cam tak reti la pulak. kena register ke tak ni, kena ada folder sendiri ke? huhuhu, make me confius gitu. pastu kan, bebaru ni, p gatal tangan download kat android market 4shared kat me bace (samsung black ace). wallah, best tau... tak payah register pun n leh download lagu banyak2.

4shared
cam terjakun la pulak me ni kan. but, seriously, best la sebab leh download terus ke handphone n tak perlu nak transfer2 bagai... owh, sangat best. so, sesapa leh download kat market android, silakan lah... insyaallah, puas hati punya la.

p/s: rasa2nya la kan, ada tak lagi tempat download lagu yang best2? ^__^

Tuesday, October 18, 2011

jom makan mc d...

hi me dear...

wah, terasa nak makan mc d x? kalau nak makan quarter pounder with cheese, sila la amik kupon nih... ramai dah share tapi saje me nak share jugak kat me blog, hihihi...

QPC
 p/s: jeng jeng jeng... kalau tunggu hari kamis ni, memang ramai ler beratur kat mc d jawabnya... gomen kan gaji. ^__^


it's ok daddy's girl...

hi me dear...

me currently watching this k-drama, it's ok daddy's girl. saturday til sunday, able to finish 10 episode. hopefully me can finish this drama this week because lots of k-drama in queue.. hihihi...


this drama is a-sad and kind of motivation drama. all the havoc start because of branded handbag.

Synopsis
Eun Chae Ryung is a spoiled daughter who had always completely relied on her father. When he is killed in an accident one day, she finds herself rudely awakened from her sheltered life and forced to mature, encountering numerous hardships before she gradually becomes an independent person.


Credit to Cari.

p/s:next k-drama will be... dunno yet. ^__^

Monday, October 17, 2011

nak sambung belajar...

hi me dear...

petang ni sejuk pulak. me jengah dari jauh, nampak kat luar cam hujan. cuma tak pasti sama ada hujan ataupun tidak. hihihi, pepagi gigih update me blog guna bahasa inggeris tetiba petang bahasa malaysia plak ek? me bukan apa, ingin polish kemahiran bahasa inggeris. sebab dah lama tinggalkan alam belajar. setakat baca buku citer omputih atau tengok movie sahaja, for me masih belum cukup.

oh, by the way kalau tengok pada tajuk mesti dah tau kan apa yang ada dalam fikiran me skrang ni. hmm, it seems like, me wanna do something n make me more bz. nak buat camne, dah 2years plus kawen, belum ada rezeki nak ada zuriat. after work, bosan semacam. mana taknya, me abg suka tengok tv atau hang out ngan kawan2 dia. me kena cari kawan2 untuk hang out jugak atau pun, kluar sorang2. huhuhu... boring seh...

so, me plan cam better sambung masters. cuma masih d peringkat permulaan. belum fikir course apa (dalam hati amik MBA la kut), n kat mana... lokasi universiti adalah sangat penting bagi student part time sebab ia boleh mendorong sama ada rajin pergi ke kelas atau pun tidak, me dah survey okeh so, trust me... the point is, kena cari universiti yang boleh membuatkan semangat untuk belajar x down.. (hahaha, x start kelas dah down, cam poyoss)

UiTM d hatiku.. dari diploma sampai degree, study kat uitm machang
 so, skrang ni x tau la camne ek.. sebab nak sambung part time je kut. so, kalau nak ke uitm shah alam, cam jauh bebenor. any suggestion me dear???

UUM kah?

UKM kah?

UM kah?

atau UPM kah?

arrgghhh, pening kepala. nanti kena belek2 paper untuk start survey. rasanya untuk awal tahun 2012 dah pun ditutup so, me nak cuba pertengahan 2012. harap2 dapat la sambung. itu pun, kalau by that time, belum ada baby (don't mind me own baby or not)... yang penting, rezeki ada d mana2 kan. n kita hanya merancang Allah s.w.t yang menentukan segalanya... amin.

p/s: skrang banyak sangat kes buang baby. sampai hati ek buang cenggitu jek.. sekurang2nya, bagi la kat yang memerlukan. lagi baik... hmmm...

shazlin ex-wife radhi OAG with new husband...

hi me dear..

something interesting in cari that make me wanna share with u guys...



congratulations... hope this marriage will last forever...by the way, his husband face look alike catriona ross husband right?


p/s: alamak, new couple picture is smaller than the not-so-old couple.. hihihi, sorry...

UPDATE:
many more pic about the wedding in OHBULAN... enjoy!

monday blues...

hi me dear...

oh, its Monday n me in Monday blues mood. dunno what to update. just blog walking n check email. already finish me work boss, me want more! believe me... waiting if another file(s) to come in... ah, so boring... what to do? is there any suggestion, dear?

p/s: hmm... will come back here as soon as me got an idea OK...

Saturday, October 15, 2011

hi me dear...

hari sabtu hari ni kan... so, ramai la yang rest kat umah ataupun g jalan2 ngan family. me rasa cam x keluar la kut. sebabnya, nak layan citer korea jeh minggu ni. hihihi...

owh, pic ni amik kat facebook... saje nak share... selamat menjulingkan mata ye...


lawak gak la sebab masa me tengok dah jumpa tapi x bape confident. hihi.. x pe, yang penting kita enjoy...

p/s: kelaparan la pulak... turun bawah jap, makan roti.

Friday, October 14, 2011

untuk spesis suami...

hi me dear...

wah, pepagi tetiba me merajinkan diri update me blog dalam gelap. hahaha, ye la, sebab me abg tengah tido kat sebelah n me pulak malas nak dok bilik lain... so, bergelap la kita...

actually, wanna share something from facebook... its interesting n for its not only for husband. its for both husband n wife. dah kawen kan, kena la saling tolong menolong. jangan la biarkan salah seorang menjadi bibik.. not good okeh...

Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi kerja,sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat dan letihnya dia bekerja setiap hari untuk menanggung keluarga.

Satu malam ~~~~

Mat berdoa,"Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu betapa letihnya aku bekerja setiap hari.  Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku. Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja.Biar aku pula yang berehat di rumah"

Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat. Pagi besoknya, ia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja dari tidur, dia bergegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Pastu bangunkan anak-anak dan melayan mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami bersarapan. Pastu menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak bawa ke sekolah.

Pastu panaskan injin kereta dan bergegas hantar anak-anak ke sekolah. Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang lain. Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan barang-barang dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti ais. Komdian kutip kain busyuk untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan dijemur. Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti.

Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula bergegas ambil anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah. Pastu terpaksa pula kemas rumah supaya jangan bersepah sangat. Komdian angkat kain di jemuran. Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri rawatan dan pujuk supaya tangisan tidak berlarutan. Dah selesai, kain-kain yang baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tak sedar, waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran. Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap.

Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapkan makan malam. Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, pastu cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang masih kecil, pastu uruskan supaya anak-anak masuk tidur.... dan macam-macam pastu lagi. Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan pun dah longlai lohe...Bolehlah rasanya nak berehat sikit.

Opps.... belum boleh rehat rupanya. Suami juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai dua kali lohe dan langsung tertidur.... ... tak pasti pukul berapa. Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan berdoa semula,"Ya Tuhanku. Barulah kini aku tahu.... Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri. Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai suami semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri. Salah sangkaanku selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah isteriku
terus di rumah dan aku keluar bekerja"

Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,"Wahai Mat,kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih. Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali...."

Whatttt???.. . 9 bulan 10 hari???
....Beranaaak? ??........ Waaaaaa.. tak nak, tak nak, tak taaaaaaaaaaaaaaaaaa akkkkk... !!!
 
"Bang, bang... Abangggg... apasal niii.....??"

Sergah satu suara disisinya. Mat melompat bangun dari katilnya dan terus memegang isterinya sambil bertanya,"Nab, Nab yang jadi suami atau abang yang jadi suami???

"Laaaaa... tebiat apa pulak abang ni. Kan Nab nie pompuan. Tentulah abang yang jadi suami..... Apa punya lawak pagi-pagi buta ni....."

Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah..... Hinggakan seluar kecik dan baju kecik Nab pun habis Mat kutip basuh... Nab terkedu beghok, terlopong dan jadi bisu seharian melihat gelagat suaminya.... .....

Moral cerita :
Isteri perlu disayangi dan lindungi kerana ia adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai.. so orang suami2 di luar sane mahupun di dalam sini..hargai la isteri anda..


p/s: nice kan.. saling kena tolong menolong sebenarnya... ^__^

Thursday, October 13, 2011

pic lisa surihani lagi...

hi me dear...

alamak, dah alang2 berkunjung ke forum cari, meh la me share pic lisa surihani. sebabnya me tengok cam ramai ada jek dok terjah me blog pasal lisa kan... hihihi, nak cakap ramai bohong la sebab me bukannya famous amos punya blogger... sekadar kecil2an je...






katanya ni lah imej terbaru lisa surihani untuk filem istanbul aku datang, arahan bernard chauly (yang hensem) tu... hihihi... n dengarnya lagi, filem ni sepatutnya dilakonkan oleh fazura. tapi maybe fazura bz kut... ok la, cam biasa, kalau nak tengok pic lisa surihani lagi, sila la klik SINI.


p/s: skrang cam terminat plak dekat lakonan fasha sandha. ntah la, maybe sebab me sis dah suka, terikut suka plak. hihihi...

korea datang lagi - heartstrings...

hi me dear...

owh, terasa cam lama me tak citer pasal citer2 korea kan... hihihi...sebenarnya me pun dah lama tak tengok citer korea. tak berkesempatan. lately ni jek, start tengok balik untuk menghiburkan hati dan buat2 bz masa weekend.


you're beautiful...
 ni antara citer yang agak famous la dulu. memang dah lama pun me tengok n me rasa cam ramai dah yang tengok citer ni (eh pasal ayat cam tak sedap jek, abaikan la ye). so, citer yang latest me tengok adalah citer heartstrings... yeay!!! second hero n heroin dalam citer you're beautiful..

heartstings...
me suka okey citer ni sebab kalau ikutkan masa citer you're beautiful, memang minat second hero ni. so, memang suka la bila dalam citer ni dorang berlakon skali as a couple. lupa pulak, kalau nak baca leh la klik kat thread CARI ni. me malas pulak nak copy. hihihi... thanks to cari.

p/s: pic comel yang menjadi me wallpaper wat masa skrang...


Wednesday, October 12, 2011

alahai, comelnya...

hi me dear...

sebab rasa cam comel so me nak share pic ni...

bermesraan antara suami dan isteri...

pic ni me amik dari blog cik epal.. kalau nak baca entri, leh la klik SINI...

p/s: tak sabar nye nak bercuti...

Tuesday, October 11, 2011

filem al-hijab...

hi me dear...

hari ahad me antar sis nak balik umah dia sebab tengahari dia ada kelas. then, her BFF call.. cakap nak g tengok movie. citer al-hijab sorang2. me cam, amboi, berani tul budak sorang ni... so, me sis tanya me nak g tengok x n me kan memang on aje kalau tengok wayang kan. so, me sis ponteng kelas n pergi menonton lah kami... (owh, sebelum tu sempat makan nasi ayam penyet di taman dagang).

poster
owh, citer dia quite seram jugak la.. sebab hantu dia cam selalu ada je kan...lagipun citer ni memang nak tengok hantu kan.. dalam panggung sempat lagi pot pet pot pet borak, sebab ada unsur kelakar la gak dalam citer ni... antaranya... eh, tak yah la citer sebab nanti spoil mood korang nak tengok plak... hihihi...

me: citer ni memang nak takutkan kita n bukan nak takutkan si Pierre tu, kan...

lin: hahahaha... tu la pasal...

dah nak abis citer tu, lin cakap, "mesti ada sambungan citer ni sebab ending cenggitu jek. tapi terbaik la Pierre Andre ni wat citer, ada improvement kan..."

owh. kali ni me tak bape nak takut tengok citer ni. balik rumah pun sedikit relaks x de bayang paper... sebabnya, me banyak berlindung d sebalik wrislet. hahaha, me kan penakut. bukan penakut apa cuma selalu bayang. so, x mau la amik risiko. wrislet yang banyak tengok dari tuannya.. me sis pun ada gak pejam mata. n yang penting BFF tu, penakut jugak rumah nye.. hihihi, jangan marah adik aimi sayam...

p/s: tetiba cam x de review kan.. tadi me gugel2, sampai kat blog ni.. so, kalau nak tau sinopsis, klik SINI..

Monday, October 10, 2011

How does getting rewarded through sharing sound like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

How does getting rewarded through sharing sound like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

What’s your ideal sports game? Let’s create a game with #MiloCansNextGame to win RM 10K!

What’s your ideal sports game? Let’s create a game with #MiloCansNextGame to win RM 10K!

alahai churp churp...

hi me dear...

bangun pagi, semangat nak g keje. sebab nak siapkan satu paper yang lebih tebal dari buku telefon. nak tak nak, memang kena buatkan. so, SYMP. tapi, sebelum start wat paper, ingat nak update me blog sambil jengah2 assignment dari churp churp. sebab churp churp kan selalu bagi emel suh wat assignment kan... tiba tiba...





v





v





v





v






sudah kena block.... huwaaa.... T_T

so, kena la wat assignment churp churp tu kat umah. n me better siapkan paper lah dulu kan.. nanti bos panggil tak pasal pasal pulak.. chao...

p/s: tengok kang tengahari camne. kat ofis ni, kalau lunch hour facebook leh bukak...

UPDATE: dah agak dah... time lunch hour tak block.. tapi what to do... only one hour... huhuhu...

Friday, October 7, 2011

waffles gardenia, korang dah cuba?

hi me dear...

wah, skrang ni memang hujan jek kat putrajaya. me mama cakap, kat kota bharu pun same. hmmm, maybe sebab dah ujung2 tahun kan, dolu2 orang cakap musim banjir @ tengkujuh... n owh patut la terasa cam nak citer pasal makanan kan...

kelmarin pagi, sebelum sampai ofis me abg singgah shell nak p atm amik duit. so, me masuk ler kedai shell n carik la something untuk bekpes. tapi kan, shell x macam petronas yang ada kuih n nasik lemak atau bihun goreng atau blalalalala.... so, bila pusing nampak gardenia waffles ni, me terus nak beli.. nak try... dah lama dah me cari pun at last, jumpa gak..


2 perisa yang berlainan...
so, me rasa la kan, d waffles (especially 2 perisa ni) adalah not me type. huhuhu, kering tekak lor, me makan begitu saje. ke, sebab makan pagi x sesuai? hmmm, x tau la pulak. me beli 2 perisa ni sebab ni jek yang ada pun. tapi x tau la kan.. kalau perisa lain best. nanti me carik lagi perisa lain kut2 best eh...

p/s: tadi intai2 kat cafe ofis rupanye ada jual... tapi idok le me mahu beli sebab dah beli pau kaya...

Satin Shawl Contest By Konklusi NURUL

hi me dear...

meh join kontest meh... me wanna join contest from nurul... suka tengok stail dia pakai tudung...tapi yang klakar tu, dia pegi universiti n rasa nak muntah bila ramai pulak 'hana tajima'... hihihihi, sume nak up-to-date la kan...



owh, ni pic amik masa nak g open house... tunggu me friend a.k.a kak linda datang amik... so, cam whore la kejap... hihihi, first time pakai shawl gini.. n fyi d shawl beli kat radiusite... sangat online shopping kan... btw, sebelum merepek lebih panjang, sape mau join kontest nurul, klik SINI...

p/s: feeling rajin join kontest la pulak kan... tetiba jek...

Thursday, October 6, 2011

pinky eye...

hi me dear...

wah, hujan la kat luar rupa2nya... patut la me terasa cam sejuk semacam n lapar yang amat.. bila call me abf tadi, dia cakap,"eh, pukul 11 dah makan tapi masih lapar ke?" huhuhu, biasa la... see me size ma... hahaha... tapi me x salahkan cuaca pun. dah lapar, nak wat camne kan...

hujung bulan 9 lepas, me beli something.. saje nak try.. wanna see it???






v






v






v






v




see....

kasi close up sket...
abaikan bulu mata or what so ever yang nampak serabai k... me beli contact lens kat plaza alam sentral masa kursus kat shah alam aritu. still nampak la me brown eye walau pakai pink contact lens tu kan.. bila jenjalan n people look n me like, "eh pelik nye makcik ni", me akan pandang tempat lain.. pandang2, macam la me ni vampire.. ni contact lens blincon untuk tempoh 3 bulan... pas abis 3 bulan x pakai dah la.. hihihi...

p/s: masa dolu2 me keje swasta penah pakai color turquoise.. tapi yang pink ni x pakai g ofis. so not profesional. me just pakai masa hang out atau kuar jenjalan je...

NKOTBSB...

hi me dear...

tetiba teringat yang aritu cakap teringat kat boyfriend lama kan (perasan betul)... kalau lupa, laju2 klik sini... owh, sebenarnya hanya kerana ini... hihihi...me beli album NKOTBSB @ KLCC ngan me sis, Lin ( hanya dia peneman setia pun). tu pun terperasan album ni selepas bayar album Anuar Zain... wah, abis duit... huhuhu...

sila la tengok pic yang menarik ni ye... tu pun sape yang minat je la...


d poster...

cover album...

cd

cover lagi sekali...

ada photobook n dvd...

pic poster lagi...

ni pic dlm dvd.. sempat pause jap n snap...
memang puas hati la beli album ni.. (walaupun x de kevin, nanges....) tapi album ni best. me suker tengok remaja2 yang me minat dulu2 dah matang n dewasa menari... hihihihi.. sweeetttt.... n dorang siap ada website untuk NKOTBSB ni... yeay!!! sila la tengok yer... alamak lupa me snap. sebenarnya dengan setiap pembelian dapat beg (mungkin sementara stok masih ada), hihihi...

p/s: sambil update, sambil dengar album... ^__^

Wednesday, October 5, 2011

Giveaway Kujie2.com Sempena Ulangtahun Perkahwinan Ke 20

hi me dear...

rasa cam dah lama lama lama sangat me x join kontest kan... so, tadi jenjalan kat blog bardboo n tengok dia join kontest kak kujie, me wanna join also... sebabnya, hadiah sangat tempting iaitu homemade macaron dari cik min... yummy! me dah penah order ngan cik min n seriously, macaron cik min sangat sangat sangat sedap... hihihihi...



eh, ni pic gugel tau...
syarat kontest kak kujie mudah jek...
  1. perkara yang disukai yang terdapat di kujie2.com; dan
  2. kelemahan dan cadangan untuk dibaiki di kujie2.com...
for me, blog kak kujie memang dah superb.. banyak info yang dikongsi bersama, banner yang comel n x de masalah loading time pun... lagipun, kak kujie memang blogger otai. n banyak me belajar dari blog kak kujie nih, maklum la, me rasa cam me masih budak baru belajar... 


kelemahan, rasa cam x de... tapi mungkin kalau2 kak kujie nak menceriakan lagi blog ngan theme yang berwarna warni sikit bagi ceria sebab putih nampak plain. tapi ni hanya me cadangan jek.. ^__^

owh, sebelum me lupa... sharing is caring, so sapa nak join, klik la sini...

p/s: blum breakfast sebab x tau nak makan ape... huhuhu...

Tuesday, October 4, 2011

red velvet lagi...

hi me dear...

bila jenjalan blog kak eynda n baca banyak2 citer pasal red velvet (especially tutti frutti RV), me teringat ada lagi pic yang me x sempat nak wat entri...fuhhh.. snap minggu2 sudah, tapi lupa.... hihihihi...

me first entri pasal red velvet adalah ini.... tapi bukan nak imbas kembali yang lama ye. kebetulan d akhir2 syawal kan ada banyak open house so, me sis, lin datang temankan me. me abang kebetulan x sehat. then, ari ahad nak antar lin balik KL, singgah dulu KLCC (singgah yang x tahan tu...) ingatkan nak tengok Johnny English tapi memandangkan dah lambat, cancel.. jenjalan nampak kiosk cuppies... wah, dap2... terus la beli...

eh, not dis one... yang ni kek open house umah kak linda... yummy...

this one...

red velvet yang ada tabur2 tu.. d next one nama dotty ke apa ntah...

as always, suka amik pic plastic bag, hahahaha....

wah, tetiba terasa cam nak lagi. tadi dah call lin inform pasal cuppies ni. dia x beli yang ni, dia beli mini punya sebab nak bagi present kat kawan dia, darlis for birthday present... n her friend pun cakap sedap...next time bley la beli lagi dan lagi dan lagi... hihihi...

p/s: me love red velvet... tapi kan, nak buat takut x jadik... huhuhu...