Thursday, February 25, 2010
me menang contest tupperware...
lame dh me x update blog kan.. x tau nape.. lemau jek rase.. rajin blogwalking tp utk blog sendiri.. hmmm.... tp kan, me kuatkan semangat jugak la.. wlu update cite yg out-dated cikit..
ari tu kan me ade join contest tupperware.. so, satu ari tu, me trime la parcel nye..
Thursday, February 18, 2010
kebaikan buah kurma...
ari ni tetiba rase cam me nk search pasal kurma.....
Sabda Rasulullah s.a.w
"Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."
-hadis-
p/s: nk beli kurma... nk beli kurma...
Sunday, February 14, 2010
HAPPY CHINESE NEW YEAR..

Thursday, February 11, 2010
playing with ur foods...
pagi ni, dpt berita yg me member dh pregnant.. happy for her, tp me sedih... bile la nak pregnant nih??? dh kawen 5 bulan nk masuk 6 tp still belum ade rezeki.. sob.. sob... sob... T_T
so, me call me adik... maybe dia nk ceriakan kakak dia, so dia send email pic nih...
just wanna share, so enjoy....







p/s: cute kan... owh, tp masih sedih....
Wednesday, February 10, 2010
facebook owh facebook...
kowg dh tgk muka buku pagi ni??? muka buku = facebook.... owh, me sgt x suke... series... cam x best jek... tambah2 plak kebanyakan application yg kt facebook tu kena blok @ me ofis so, no point lor... dengan ruangan chat asyik dok pop up nye (@ ofis, me x bleh chat).... hurm, tp kan, lain owg lain rase.. maybe ade yg suke dgn muka buku yang berwajah baru nih....
p/s: pepagi mmg suker bukak fb..
Tuesday, February 9, 2010
senyum kambing
bc utusan online, tgk senyum kambing ari ni.. so, saje jek nak share...
p/s: dr dlu, klu bc utusan, sti bc senyum kambing kan...you are beautiful
rase cam lame dh x update ek. bukan ape, me still x sihat. tp alangkah degil, x mo g klinik, so rase kan la...
actually, br abis tgk ni...
eh, bukan....
bukan jugak.... hurmmm....ha, yang ni...

citer korea... best sgt... me adik cakap, hero cam hantu jerangkung sbb kurus (aik, cam le dia gumuk, ek...) tp lelama kowg tgk cite ni, sti fall in love... tp betul r, ramai gak me member cakap hero dia ala
p/s: me hero; melayu ke, korea ke, jepun ke, hindustan ke, omputih ke = me abg
Monday, February 8, 2010
9 Tip Membuat Pelawat Kembali Ke Blog Anda
hi me dear...
owh, me jumpa entry yang menarik.. so me mintak kebenaran tuan punya blog utk letak kat me blog jugak... thanks, anwar... klu kowg nk bc entry2 yg menarik, sila la, klik sini....
Trafik merupakan nadi kepada sesebuah blog atau laman web. Sekiranya anda mampu menjana trafik, berkemungkinan besar anda mampu menjana pendapatan dengan blog anda. Dalam banyak-banyak kaedah menjana trafik, terdapat satu kaedah yang agak mudah untuk diaplikasikan iaitu trafik yang dijana melalui pelawat yang kembali ke blog anda.
Namun, bagaimanakah caranya? Di dalam artikel ini, saya akan berkongsi dengan anda 9 tip menjadikan pelawat yang telah hadir ke blog anda sebelum ini, hadir semula atau jika lebih bernasib baik, memberikan respon kepada tulisan-tulisan yang telah dihasilkan.
#1: Selalu Mengemas Kini Kandungan Blog
Selalu kemas kini laman blog anda dengan artikel-artikel baru dan segar. Namun tidak perlu terlalu kerap. Blog yang tidak dikemas kini akan dikesan oleh enjin-enjin carian sebagai blog yang tidak aktif dan ini akan menyebabkan ranking blog anda jatuh di enjin carian tersebut. Pelawat blog anda juga semestinya mahukan kandungan baru dan penuh dengan informasi.
#2: Letakkan Gambar-Gambar

Sebahagian besar pelawat blog anda mempunyai jiwa serta perasaan(baca: manusia). Menyediakan gambar-gambar sebagai ‘penyambut tetamu’ mungkin sesuai dengan perasaan manusia yang inginkan sedikit hiburan, atau dengan kata lainnya sebagai penyedap mata memandang. Selain daripada gambar, anda juga mungkin boleh meletakkan kata-kata hikmah yang dapat membuatkan pelawat blog terkesan apabila mereka berkunjung ke blog anda.
#3: Jadikan Blog Anda Unik
Pastikan blog anda mempunyai sesuatu yang unik untuk dipersembahkan kepada pelawat yang datang. Keunikan blog anda berbanding blog lain akan menyebabkan pelawat mudah mengingat dan seterusnya melawat kembali blog anda. Boleh jadi, sesuatu yang unik itu adalah laporan percuma, permainan flash, pertandingan atau tools yang membantu pelawat anda.
#4: Gunakan Aplikasi Feedburner
Gunakan aplikasi feedburner atau feedblitz. Feedburner merupakan aplikasi yang dapat mengumpul alamat email pelawat blog yang berminat dengan tulisan-tulisan yang anda hasilkan. Sekiranya anda mempunyai artikel-artikel segar dan berinformasi, jangan lupa untuk menyarankan pembaca blog anda agar melanggan artikel yang telah dihasilkan. Dengan ini, mereka akan menerima kemas kini terbaru daripada anda sama ada melalui email ataupun menerusi perisian feedreader mereka.
#5: Letakkan Link “Book Mark Artikel Ini”
Letakkan link di bawah artikel anda dan nyatakan “Book Mark Artikel Ini”. Sekiranya pelawat gemarkan kandungan blog yang telah mereka baca, mereka mungkin akan menanda artikel anda dan menyebarkannya kepada orang lain. Saya tidak pasti sejauh mana rakyat Malaysia mempraktikkannya. Akan tetapi ramai blogger/usahawan internet luar Negara yang telah mempraktikkan teknik “save/share”.
#6: Gunakan Link Saranan
Letakkan link “Saran Blog Ini Kepada Rakan Anda” di blog anda. Sekiranya pelawat ingin memberitahu rakan mereka tentang kewujudan blog anda, mereka boleh berbuat sedemikian dengan adanya fungsi ini. Fungsi ini juga boleh dijumpai di laman sosial seperti facebook, friendster, myspace dan lain-lain. Teknik ini merupakan satu strategi pemasaran yang tidak memerlukan kos, tetapi memerlukan content yang baik.
#7: Kandungan Blog Selari Dengan Tema
Berkenaan dengan kandungan blog, saya berpendapat bahawa anda perlu memastikan kandungan blog bersesuaian dengan nama blog anda. Sekiranya blog anda mempunyai domain seperti resepitradisi.com, fokuskan artikel anda berkenaan jenis-jenis kuih atau resepi kuih. Artikel yang tidak mempunyai persamaan dengan tema blog sewajarnya dielakkan.
#8: Gunakan Kata Kunci Yang Sesuai
Pastikan laman web anda mempunyai kata kunci yang mudah diingati oleh pelawat. Sekiranya mereka terlupa url blog anda, mereka boleh cari semula url blog anda di Google atau Yahoo! menerusi kata kunci yang telah mereka gunakan sebelum ini. Sebagai contoh, kata kunci bagi blog Gaji Sendiri ini adalah ‘Cara Buat Duit Di Internet’ serta ‘Cara Buat Duit Dengan Blog’.
#9: Pastikan Blog Anda Mempunyai Jenama Tersendiri

Bina jenama sendiri untuk laman web atau blog anda. Ini bertujuan agar pelawat tahu bahawa mereka kini berada di laman web anda. Anda disarankan agar konsisten dengan warna, tema ataupun logo blog. Jangan lupa juga untuk meletakkan laman Hubungi Kami‘ di blog anda agar pelawat senang untuk menghubungi anda.
Saturday, February 6, 2010
Cujie - Giveaway Feb 2010
hi me dear...
byk nye contest lately.. erm, me saje jek masuk utk memeriahkan lagi suasana, yer x.. d samping dpt jd kawan2 kamu yg sume best2...
kali ni contest dr cugie....

me dh follow dh suzikhai n aisyahscarf ~ dh copy n paste banner (sila lihat d atas) ~ n me wat sticky mode sampai 06022010 (dua hr jek, kan...) ~ owh, me referral ialah miss cinta ati ~ n me dh antar permalink kat ruangan komen cujie...
best gak hadiah utk giveaway nih... jom join!!!
p/s: bape byk contest me mo join nih??? ala, saje, suker2 kan... ^_^
Friday, February 5, 2010
kemalasan terserlah..
erm, dh pukul 5pm lebih pun tp ari ni ntah nape cam malas jek nk berblogging... nk blog walking pun kurang ade mood.... me nuffnang pun cam sleepy je lately....
hmmm... lenkali la ek....
new criminal tactics
actually me dpt email nih minggu lepas.. so, pepagi ni terfikir nk share ngan kamu2 sume..
c
Ni cerita penuh kejadian yg menimpa staff PPMSB semalam.

MELAKA: “Saya terperanjat apabila lelaki itu tiba-tiba menerpa ke dalam kereta sebelum terus memandu kerana enjin tidak dimatikan ketika ayah turun melihat kerosakan akibat dilanggar dari belakang.
“Badan saya menggigil dan dalam keadaan kelam-kabut itu terpaksa menjerit sekuat hati serta menumbuk bahu lelaki terbabit berkali-kali sebelum menyuruhnya berhenti,” kata pelajar wanita Kolej Universiti Islam Melaka (Kuim), Norfadzilah Nazirah Ghazali, 18, ketika menceritakan detik cemas terselamat selepas beberapa minit dilarikan seorang daripada tiga penjenayah yang menyamun Toyota Wish dipandu bapanya, kira-kira jam 6.40 pagi semalam di depan Ozana Resort di sini.
Menurutnya, lelaki berusia 30-an itu dipercayai tidak menyedari dia duduk di bahagian belakang sebelum terkejut mendengar jeritannya lalu cuba merampas telefon bimbitnya.
Namun, katanya, dia dapat merampas semula telefon itu selepas bergelut dan memukul bahu lelaki terbabit yang turut menjerit dan mengarahkannya supaya terjun dari kereta. “Tergamam dengan tindakan lelaki itu, saya nekad terjun keluar apabila lelaki itu memperlahankan kereta dan menyuruh saya terjun,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Seri Duyung, dekat sini, semalam.
Menurutnya, kejadian itu menyebabkan dia trauma kerana berlaku pada hari ulang tahun kelahirannya dan sedang menduduki peperiksaan akhir semesta pertama di Kuim, Kuala Sungai Baru.
Sementara itu, bapanya, Ghazali Md Tion,44, kakitangan Petronas berkata, dia menyedari sebuah kereta mengekori rapat kenderaannya ketika memandu di Jalan Bukit Katil berhampiran simpang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), namun tidak mengesyaki apa-apa.
“Kali pertama saya rasa seperti kereta dilanggar tetapi tidak berhenti kerana was-was. Saya meneruskan perjalanan dan sebaik tiba di depan Ozana Resort Bukit Katil, sekali lagi terasa kereta dilanggar tetapi lebih kuat.
“Saya berhenti untuk memeriksa kereta dan berbincang dengan pemandu Proton Wira dengan nombor pendaftaran MAU 3632 sebelum lelaki terbabit meminta saya membuat laporan polis atau menyelesaikan masalah itu di tempat kejadian sebelum dia terus meluru masuk dalam kereta dan memandu serta melarikan anak perempuan saya.
“Saya terkejut dan cuba mengejar sebelum tersungkur dan luka di tangan dan muka,” katanya.
Menurutnya, dalam keadaan kesakitan, dia cuba mengejar dan menjerit memanggil nama anaknya manakala Proton Wira yang dinaiki dua lelaki itu turut mengikut rakan mereka yang melarikan keretanya yang baru dibeli kira-kira 10 bulan lalu.
“Saya bersyukur kerana anak saya terselamat dan tidak cedera. Hanya Allah tahu betapa bimbang saya apabila melihat anak perempuan saya dilarikan.
“Macam-macam perkara buruk terlintas dalam fikiran ketika itu dan saya tidak kisah hilang kereta kerana lebih penting nyawa anak saya selamat,” katanya ketika ditemui di Hospital Melaka.Dia membuat laporan di Balai Polis Ayer Keroh berhubung kejadian itu.
Taktik Rompakan Di Lebuhraya Guna Telur Ayam!
Ni aku ada dengar satu cerita. Nak kata baru tu tak jugak lah. Cumasekadar peringatan buat kita semua, supaya sentiasa berhati-hati walaudi mana kita berada.
Kisah ni terjadi sewaktu member kepada member aku ni, Mat Hassan (bukannama sebenar) sedang memandu di Lebuhraya Kesas dekat Plaza Tol Puchongmenuju ke Kajang 23 Disember 2007 lalu lebih kurang jam 11 malam.
Dia bersama isterinya Tipah (juga bukan nama sebenar), pulang dari makanmalam di rumah adiknya di Bandar Sunway.
Kemudian, sebuah motosikal memotongnya. Si pembonceng tiba-tiba melempardua biji telur ayam ke arah cermin hadapan (windscreen) kereta MatHassan. Habis kotor cermin tu, sampai susah nak tengok depan.Mat Hassan yang terus ter-refleks, tariklah spray wiper. Apalagi terushilang pandangan hadapan! Langsung tak nampak apa-apa. Mana taknya,telur tu bila diratakan dengan bilah wiper, makin memutih la kat atascermin tu dengan sebati dan sekata lagi....
Terus Mat Hassan berhenti mengejut di lorong kecemasan. Dia pun keluardari kereta, lap kesan telur tadi. Tipah pulak cemas je dalam kereta.
Tiba-tiba sebuah Proton Satria berhenti belakang kereta Mat Hassan. 3orang lelaki sasa keluar dari kereta terus meluru ke arah Mat Hassandengan pedang Samurai sebilah seorang sambil menempik menyuruh diorangserah diri - bagi kunci kereta, wallet, dan handset.Nasib baik laa, nak dijadikan cerita, Mat Hassan ni polis. Polis apa,aku pun tak tau (member aku tak citer pun). Terus dia keluarkan revolverdia dan melepaskan 2 das tembakan kecemasan amaran ke udara.
3 lelaki tadi terus lari lintang pukang, melompat masuk macam oranggila, ke dalam kereta dan terus blah, dengan lajunya, dengan tak bagiisyaratnya...Mat Hassan pun terus call bantuan, dan mereka akhirnya selamat. Kesantelur pecah jer tak sempat nak lap lagi.
Modus operandi sebegini sebenarnya dah banyak digunapakai di lebuhraya.Mangsa yang dituju biasanya golongan perempuan - lebih lagi yang bawakanak kecil kat belakang.Jadi, tolonglah kita sama-sama kena ingat.
Bila perkara sebegini berlakukepada anda, pastikan:
1. Jangan sesekali tarik spray wiper;
2. Teruskan memandu dengan apa jua keadaan pun, ke mana-mana stesenminyak, balai polis, 7-Eleven, atau mana sahaja tempat tumpuanorang ramai.
Tolong pesan sekali kepada semua ahli keluarga, sedara mara dan rakan-rakanPandulah dengan selamat, wallahu a'lam. Kadang-kadang bila kita dengar banyak cerita macam ni, kita akanjadi lebih berhati-hati. . Bila perkara yang seumpama ini berlaku padakita, kita akan jadi lebih alert dan tindakan kita akan jadi lebihproaktif dan berkesan.
p/s: peringatan utk kita bersama....
Thursday, February 4, 2010
1st time kena tag oleh me dear, noj
tetiba petang2 nih, br perasan yg me kena tag ngan noj... owh, kena la wat sbb dia cakap utk mengenali diri me lg.. k, la dear.. here we go....

1. 1st insert this badge or the pic above to inform u have been awarded."
done... thank u dear...
2. Make sure u take the pic n said from iznie.
alamak, same cam noj gak, sape iznie tuh???? tak pe, nanti kena kenal la kut... ^_^
3. You should tell 10 facts or hobbies about yourself.
+ me dh kawen, br lagi, ogos 2009
+ me oghe klate, me abe pung oghe klate jugok (haha, tukar slanga seketika)
+ me ade 3 bradik, me abg ade 12 adik bradik tp dh meninggal sowg, abg dia taun lepas
+ me anak sulung, abg anak no. 6
+ skang me n me abg stay @ putrajaya
+ dh kawen ni ler br la sebuk nk masak2.. sblm nih harap me mama jek.. (-_-)
+ skang suker jek cari kat internet resipi nk masak ape.. (ya lor, dh x tau nk masak pe kan.. carik la kut2 ade resipi br)
+ sejak kawen nih, suker tgk citer merlin.. dlu x suker... (hihihi, ade kaitan ke??)
+ me suker makan, (tgk badan lor) tp kan, sume owg kt sekeliling me suker makan....
+ tingin nk jadik ibu... (doakan me ek...)
4. You should choose 5 other bloggers (easier the ones who follow you) and tell their names in your blog.
(owh since noj dh tag me, so, kena r cari owg lain, kan...)
kak linda : owh, kakak ku... mase kursus sampai la ni... (kak linda, jgn malas, k...)
yanie putrajaya : owh, masih blum jumpa kamu wlu kt hr ber fb, kan...
chugie : menang contest dia br2 nih....
mr. z : br nk kenal2 ngan kamu.. (eh, lelaki rajin ka jawab tag???)
ann frendly: kamu comel sgt... hihi, masih dlm sesi berkenalan...
owh, ok la kut...
p/s: nk balik tp ujan... kena tunggu ujan berenti dlu lor... me kan naik vrroooom vrroooommm ngan me abg.. romantik gitu...
batik 1malaysia
td mase me p bilik bos, member tunjuk kat paper pasal batik 1malaysia nih... maklum la, penjawat awam kan berpakaian batik setiap hr kamis... so, batik ni menarik perhatian me utk tgk kat surat khabar online...
pic dr kosmo onlinePerdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan antara orang pertama yang akan memakai baju batik bercorak 1Malaysia bersama beberapa menteri Kabinet pada majlis Rapat 1Malaysia di Melaka esok. dan menurut utusan malaysia online lg, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, baju kemeja batik daripada kain kapas, berlengan pendek misalnya boleh dibeli dengan RM29 sementara jenis sutera yang bermutu tinggi berharga lebih mahal dan semua dijangka menarik minat pembeli.
owh, me rase not bad.. cantik gak, kan... n klu harga dia berpatutan, sti ramai beli... wanita n lelaki (esp yang keje gomen nih) akan beli utk tambahkan koleksi batik utk pakai setiap ari kamis.....
p/s: me??? nanti kena tanye me abg dlu.... ^_^
me balik kampung tanpa me abg...
sejak raya pose ari tu, me dh lame sgt x blk kg.. ye la, walau me parent datang, tp lain tau.. so, ari tu, me abg bg la me blk sowg2... dia malas nk cuti...
d next day, ari jumaat ingatkan nk p umah parent in law sowg2 tp keta rosak.. so kena la p ngan me mama n ayah jugak...
memang la best blk kg tp rase lain pulak sbb 1st time pisah ngan me abg.. jgn x tau, ari2 me call n sms... miss him much.. (hahaha, me rase me ni manja gak r.. x blk rindu me parent, tp klu blk sowg2, miss me abg..) pasni kena balik sesama la kan... ^_^
p/s: ish, cam panjang plak entry nih??? dh la, p cafe jap...
:: mietos lucky draw ::
one more contest yg me try, d jemput utk mencuba nasib oleh anin... ok la, mane tau ade rezeki kan...
# me dh follow blog mr re2d.. me referrer ialah anin...
# me dh pos banner pd entry n side blog
# tarikh tutup contest pada 13 February 2010 (before chinese new year)
# owh, boleh request nk survenir dr negara mane... owh, me nk japan lor...
p/s: good luck utk sume2... ^_^
Wednesday, February 3, 2010
ribena
just nk tanye, klu minum ribena ni ketagih ke x, ek??? x de la, me kan demam.. so gatal p beli ribena.. rase cam x berenti asyik nk minum jek... erm, ke sebab rase nye masam n wat me tekak more comfortable bile minum???

p/s: sape tau? confius lor...
Tuesday, February 2, 2010
GIVEAWAY NOIR JEWELRY
wah, hati me berkilau-kilauan mase jenguk kat geng blogger... why???? sbb me nampak contest nih... owh, me loikee....

rase cam dh bape kali dh jengah blog ni.. n me rase, blog ni bagus lor... sbb selain membekal (jual2), siap ade tutorial cara2 nk wat jewelry tuh... mantap sihhh...
so, sesape nk join, klik sini... sempat g sbb tarikh tutup 26022010...
p/s: suker join contest...
sotong rebus serai..
hr ni me cuti.. mmg apply cuti n plus x sihat lor... (me abg pun demam tp dia g keje.. cuma td, tel dia, dia kat klinik putrajaya...)
erm, ari ni me nk masak sotong rebus serai la... sbb sotong ade lg dlm peti tuh... x la byk, tp cukup la utk kami
p/s: k la, nk g masak jap.. mane tau tetiba me abg blk...

