Followers

Tuesday, September 21, 2010

Wajib bayar PTPTN melalui potongan gaji mulai Jun 2011

TEMERLOH 19 Sept. - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan melaksanakan pemotongan gaji secara wajib bagi mendapatkan semula pinjaman daripada peminjam yang gagal berbuat demikian mulai Jun tahun depan.

Pengerusinya, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, mulai Jun tahun depan, semua peminjam terutama lebih 46,000 peminjam yang liat membayarnya, diwajibkan membayar balik pinjaman itu secara potongan gaji melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Ismail yang mula memegang jawatan sebagai Pengerusi PTPTN bermula 1 September lepas berkata, pelaksanaan itu akan membabitkan pindaan Akta PTPTN 1997.

Katanya cadangan bagi meminda undang-undang itu akan dibentangkan di Parlimen selewat-lewatnya awal tahun depan.

"Kita akan membincangkan mengenai pindaan Akta PTPTN 1997 berhubung perkara itu pada hujung bulan ini dengan pihak LHDN dalam mesyuarat ahli lembaga dan cadangan itu akan dibentangkan di Parlimen pada Mac tahun depan,” katanya kepada pemberita di majlis jamuan Aidilfitri Parlimen Kuala Krau dekat sini hari ini. - Bernama

p/s: me br tau arini yg dh de cadangan nk start potong gaji rupenya.. sib baik mmg me dh wat potongan gaji awal2.. (^^,)

No comments: