Followers

Friday, September 24, 2010

Mangsa mengadu sakit selepas 6 hari pembedahan lahir anak

hi me dear..

camne, arini, ade baik?? me ok jek.. arini mau g makan2 tghari ngan member @ cyberjaya.. wah, me loike..

td, mase me bukak me blog, me tgk r tajuk2 blog kamu2 n ape yg menarik hati ialah blog riwayat hariku coz tajuk dia "Guru maut kain kapas dalam perut"... so suddenly me teringat yg me mama dok call2 pastu dia sms.. "kak long dh meninggal.." me ingat g, mase balik sblum raya tu, mama dok citer2 yg me jiran a.k.a kenalan mama bersalin anak ke4 tp dalam keadaan koma sbb tertinggal 'barang' dalam peot.. so, me feeling, bc tajuk blog riwayat hariku, dh kuar paper berita harian pasal arwah...

ni me copy dr blog tersebut:

KOTA BHARU: Kegembiraan sepasang suami isteri menyambut kelahiran anak keempat tidak berpanjangan, apabila si isteri meninggal dunia akibat komplikasi pembedahan selepas kain kapas pembedahan tertinggal dalam perut guru wanita itu.

Anggota Penguat Kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Musa Abd Kadir, 46, berkata isterinya, Aummil Khairri Abdul Razak, 44, bersalin secara pembedahan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), di sini, pada 17 Ogos lalu.

Beliau berkata, selepas pembedahan, isterinya mengadu masih berasa sakit di perut sebelum dirujuk kembali kepada doktor di hospital sama.

Ketika itu, selepas enam hari bersalin secara pembedahan, isteri mengadu sakit di perut, bimbang perkara tidak diingini saya merujuknya kepada doktor bertanggungjawab mendapatkan penjelasan.

Doktor kemudian memaklumkan ada dua kain kapas pembedahan tertinggal dalam perut isteri selepas imbasan X-ray dilakukan dan memerlukan pembedahan kedua untuk mengeluarkannya, katanya ketika ditemui Berita Harian, semalam.

Musa berkata, pembedahan kedua terpaksa dibuat bagi mengeluarkan kain kapas pembedahan yang tertinggal itu kerana isterinya sudah tidak dapat menahan kesakitan ketika itu.

Bagaimanapun, beliau kecewa selepas pembedahan kedua dilakukan oleh doktor HUSM, isterinya yang bertugas di Sekolah Kebangsaan Datuk Hashim di bandar ini, masih mengalami kesakitan teruk selain kesan pembedahan tidak dijahit sempurna.

Saya terkejut apabila melihat jahitan yang dilakukan tidak sempurna, seolah-olah tidak habis dijahit sehingga mendatangkan kesakitan berpanjangan, katanya.

p/s: takziah pada kuarga arwah kak long.. hurmm, semoga pasni doktor2 lebih berhati2 yer..

2 comments:

chugie said...

ei.. ngeri plak dengar. sy pun bersalin secara pembedahan gak b4 ni, alhamdulillah xde perkara buruk berlaku setakat ni..

ish macam2 kan, kecuaian manusia yang mengakibatkan kematian!

farra8979 said...

chugie: tu la kan.. sian dia.. mama cakap yg sulung dlm darjah satu.. so, yg lain2 kecik2 n x faham paper lg la kan..