Followers

Monday, September 6, 2010

cerita lawak...

Lawak 1
Di sekolah tabika.
Cikgu : Amri, awak ada berapa beradik?
Amri : Tiga, cikgu
Cikgu : Awak yg paling tua?
Amri : Tak. Atuk saya....

Lawak 2
Sorang nurse di hospital sakit jiwa nampak sorang pesakit sedang tulis surat.
Nurse : Ko tulis surat kt sapa?
Gila : Aku tulis surat untuk diri aku sendiri"
Nurse : Jadi.. apa yang ko tulis?
Gila : Mana aku tau? Esok pagi bila posmen hantar, baru la aku boleh baca.

Lawak 3
Ada seorang pemuda ke kedai mamak dia hanya ada 70 sen semasa itu.
Pemuda : Mamak berapa harga teh panas deengan sejuk?
Mamak : Panas 70 sen sejuk RM1.20.
Pemuda :! Bagi teh panas 1.
Sampai je teh tersebut pemuda itu terus minum.
Mamak : Kenapa awak minum cepat sangat?
Pemuda : Kalau saya tunggu lama2 nanti sejuk tak fasal2 saya kena bayar RM1.20.

Lawak 4
Pada malam itu, Razi pulang lewat ke rumahnya selepas habis meminum arak di pub. Selepas mendapati isterinya, Hana sudah tidur...dia pun terus menarik selimut dan tidur di sebelah isterinya. Dia memandang ke hujung katil dan terus mengira...1, 2, 3, 4, 5, 6. Lalu dia mengejutkan Hana dan berkata, "Eh sayang, ada 6 kaki kat katil kita nie".
Hana menjawab dalam nada mengantuk, " Abang, lebih baik abang tidur saja, lagipun abang kan mabuk, mana mungkin 6 kaki, 4 kaki je laa".
Si Razi pun baring untuk tidur selepas bininya berkata demikian. Tapi dia tidak dapat melupakan lagi hal tadi, lalu dia bangun untuk mengiranya semula. 1, 2, 3, 4, 5, 6....sekali lagi dia mengejutkan bininya dan berkata, " Sayang, betul lah ada 6 kaki kat katil kita nie".
Hana yg bengang akan perangai Razi itu pun menjawab, " Apa laa abang nie, sayang nak tidur pun susah laa. Kalau tak percaya, abang bangun keluar dari katil nie. Pastu cuba kira balik".
Jadi, Razi pun bangun dari katilnya dan berdiri di hujung katilnya sambil mengira, 1, 2, 3, 4. Kemudian dia berkata, " A'ah laa sayang, betul cakap sayang tadi...cuma ada 4 kaki saja".

2 comments:

alinac lover said...

follow kamu

farra8979 said...

thank u.. sudah follow kamu jua.. ^_^