Followers

Monday, June 14, 2010

pengalaman seorang wartawan di Gaza

hi me dear...

lame dh x update blog... bukannye pe, x sempat sesangat... blk kg pun, me terperap jek @ umah in-laws (hahaha, jgn bgtau me abg ek..) so, x de la beli paper pun.. ish, lenkali kena balik la nampak gaya nih...

anyway, ni pun kira cam curik2 mase kejap jek... nk share info yg me dpt dr fb... about me self, nanti me bgtau kendian ek...

"Semalam Razali Awang, pemberita dari TV3 yg pergi ke Gaza baru-baru ni, datang ke my company to share his experiences. Ia dibuat dan dianjurkan oleh Persatuan Pekerja Islam fr my company. Razali ni tetiap kali dia bercerita, mesti tersekat2 sebab dia kata dia sedih dan tak dpt melupakan semua pengalaman yg didapati disana dan ianya akan dikenang smpai mati. Got a few things yg nak di kongsi bersama yg mana ia juga buat I tak boleh tido mlm tadi:

Mesir , Razali kata ini Kerajaan Firaun modern. Nama je Islam tapi dah very secular. Ada kalangan rakyatnya yg sanggup kencing di dinding2 masjid. Mesir juga menyekat laluan sempadannya, the only way to Gaza . Terdapat banyak Makanan dan ubatan2 yang rosak di sempadan Mesir-Gaza. Sempadan antara Gaza and Mesir is 14 km long. Kalau lah tak de sekatan ini, rakyat Palestine takkan mengalami kebuluran... "Mesir lebih rela bersempadan dgn Israel drp bersempadan dengan Hamas!" – Apa punya manusia ni, kata Razali Awang.

Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai apa jua keganasan yg berlaku di Gaza . Razali bagitau rakyat Palestin yg dia interview bhw kat Malaysia tetiap Jumaat, kami (rakyat Malaysia) bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestine …

Razali menceritakan berapa banyak checkpoint yg dia kena lalui kat Mesir…tapi dgn pertolongan Allah SWT lepas pulak..tapi perit nya hy Allah yg tahu..ada yg mintak rasuah…charge naik bas 500 meter is RM70!!! Memang sekutu kuat Amerika and Israel . (Eee…tak ingin hantar anak gi Al Azhar..lebih baik hantar ke negara Islam lain..UIA pun dah bagus!!!)

Pemerintahan di Gaza ( Palestine ) ,Terbahagi kepada 2 – Hamas dan Fatah…Belah Fatah ada kasino! Kata wartawan dari Belgium dan Itali, the best strawberry in the world comes from Gaza! Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila dengar yg ni). Razali kata rakyat Palestine sgt berpegang teguh kpd ajaran Islam dan mazhab Shafie. Org Palestine sgt baik dan friendly as compared to other Arabs esp yg kat Mesir tu.. Moyang Rasulullah SAW dikebumikan dia sini (lupa nama ..tapi dia mentioned Hashim….) Beautiful country, iklim Mediterranean .boleh kalahkan Los Angeles kalau tak kerana peperangan..

Di bawah pemerintahan Hamas, memang ramai dikalangan mereka yg rela mati sebab mati syahid. Mereka rela mati anytime. Bila bersalam perpisahan dengan Razali dia org akan ucap "Kalau anda dtg lagi ke sini, adakah kita akan bertemu lagi"…like they know they can die anytime. Tulang2 yg melekat kat dinding bangunan2 rosak, tak busuk walau dah berminggu! Mayat tak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel …punyalah jahat manusia, kubur pun nak bedil konon tempat simpan senjata. Hamas ada lebih kurang 25,000 org shj...tak de senjata canggih tapi yg mati hanya 100 lebih je!! Hamas ni beroperasi di bawah tanah and they are everywhere. They operate in small groups.
Isteri2 kepada yg mati syahid, hanya ada satu misi, utk berperang dan mati syahid supaya dapat berjumpa dengan suami semula di syurga.. Bagi mereka, kanak2 yg mati berada di sisi Allah SWT. Menurut seorang ibu yg anak nya mati syahid, hari ni sorang mati, esok lahir lagi seorang bayi..

Israel memang pengecut sebab tak berani berperang one to one ngan Hamas. Kat darat hanya duduk dlm kereta kebal. Pastu serang ngan bom pintar, bom fosforus dari jarak jauh. Dia org tau Hamas ada penembak tepat! So, depa takut nak turun dari kereta kebal. Kereta kebal Israel musnahkan semua tanaman seperti anggur dan pokok zaitun sebab tanaman ni makan masa bertahun nak tumbuh balik. Tujuan mereka supaya rakyat Palestine kebulur dan takde sumber pendapatan. Semua resolusi PBB, satu pun Israel tak ikut!!! Ada back-up besar lah katakannn...

Rakyat Palestine, Razali kata sedih yg teramat sangat pabila melihat mereka merebus rumput untuk dijadikan makanan sbg mengalas perut. Kanak2 di sana tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri! Di hospital, pembedahan, jahit kulit ke apa ke, terpaksa dibuat tanpa bius. Sebab ketiadaan bekalan ubat. Razali kata tak tahan dan tak sanggup dia tengok budak2 menjerit2 kesakitan bila kepala di jahit!

Dia jugak pergi sendiri melawat dewan bedah yg telah dibedil dgn bom fosforus ..diberitahu, sebelum serangan, ada few doctors sedang membedah pesakit….Razali kata dah tak de apa yg tinggal ..semua dah jadi abu!!! Ada la nampak serpihan tulang sikit2 here and there…Untuk pengetahuan, Fosforus ni boleh menghancurkan kulit dan tulang…Nauzubillah. Ada banyak lagi..but too long to write.

Razali Awang memang volunteer nak pergi ke Gaza ...So, inilah yg diceritakan oleh beliau.

Turut diberitahu bahawa terdapat satu lagi pembekal rifle ke Israel selain dari USA iaitu negara jiran kita ni ha...yg paling dekat...SINGAPURA! So Razali kata kalau kita suka dan rajin bershopping kat sana ibarat mcm kita adalah penyokong Israel. So friends, mari kita terus berdoa dan mendoakan keselamatan untuk semua saudara2 Islam kita di mana jua mereka berada..

Wasalam."

sedey ek.... hurm, renung2kan...

p/s: alhamdulillah, hidup kt d malaysia masih aman... amin...

5 comments:

Miss Q said...

bergenang mata membaca. Copy masuk blog ye! Sy akan credit kepada anda.

alinac lover said...

:)

farra8979 said...

Miss Q: ok dear...

alinac lover: ^_^

princess gaban said...

slm.. sedey la bace.. nway sy mntk izin copy ke blog sy ye.. nak share ngan others.. i'll credit u in my post. tq.. :)

farra8979 said...

princess gaban: ok.. thanks dear...