Followers

Monday, February 8, 2010

9 Tip Membuat Pelawat Kembali Ke Blog Anda

hi me dear...

owh, me jumpa entry yang menarik.. so me mintak kebenaran tuan punya blog utk letak kat me blog jugak... thanks, anwar... klu kowg nk bc entry2 yg menarik, sila la, klik sini....


Trafik merupakan nadi kepada sesebuah blog atau laman web. Sekiranya anda mampu menjana trafik, berkemungkinan besar anda mampu menjana pendapatan dengan blog anda. Dalam banyak-banyak kaedah menjana trafik, terdapat satu kaedah yang agak mudah untuk diaplikasikan iaitu trafik yang dijana melalui pelawat yang kembali ke blog anda.

Namun, bagaimanakah caranya? Di dalam artikel ini, saya akan berkongsi dengan anda 9 tip menjadikan pelawat yang telah hadir ke blog anda sebelum ini, hadir semula atau jika lebih bernasib baik, memberikan respon kepada tulisan-tulisan yang telah dihasilkan.

#1: Selalu Mengemas Kini Kandungan Blog

Selalu kemas kini laman blog anda dengan artikel-artikel baru dan segar. Namun tidak perlu terlalu kerap. Blog yang tidak dikemas kini akan dikesan oleh enjin-enjin carian sebagai blog yang tidak aktif dan ini akan menyebabkan ranking blog anda jatuh di enjin carian tersebut. Pelawat blog anda juga semestinya mahukan kandungan baru dan penuh dengan informasi.

#2: Letakkan Gambar-Gambar

tip menjana trafik ke blog
Sebahagian besar pelawat blog anda mempunyai jiwa serta perasaan(baca: manusia). Menyediakan gambar-gambar sebagai ‘penyambut tetamu’ mungkin sesuai dengan perasaan manusia yang inginkan sedikit hiburan, atau dengan kata lainnya sebagai penyedap mata memandang. Selain daripada gambar, anda juga mungkin boleh meletakkan kata-kata hikmah yang dapat membuatkan pelawat blog terkesan apabila mereka berkunjung ke blog anda.

#3: Jadikan Blog Anda Unik

Pastikan blog anda mempunyai sesuatu yang unik untuk dipersembahkan kepada pelawat yang datang. Keunikan blog anda berbanding blog lain akan menyebabkan pelawat mudah mengingat dan seterusnya melawat kembali blog anda. Boleh jadi, sesuatu yang unik itu adalah laporan percuma, permainan flash, pertandingan atau tools yang membantu pelawat anda.

#4: Gunakan Aplikasi Feedburner

Gunakan aplikasi feedburner atau feedblitz. Feedburner merupakan aplikasi yang dapat mengumpul alamat email pelawat blog yang berminat dengan tulisan-tulisan yang anda hasilkan. Sekiranya anda mempunyai artikel-artikel segar dan berinformasi, jangan lupa untuk menyarankan pembaca blog anda agar melanggan artikel yang telah dihasilkan. Dengan ini, mereka akan menerima kemas kini terbaru daripada anda sama ada melalui email ataupun menerusi perisian feedreader mereka.

#5: Letakkan Link “Book Mark Artikel Ini”

Letakkan link di bawah artikel anda dan nyatakan “Book Mark Artikel Ini”. Sekiranya pelawat gemarkan kandungan blog yang telah mereka baca, mereka mungkin akan menanda artikel anda dan menyebarkannya kepada orang lain. Saya tidak pasti sejauh mana rakyat Malaysia mempraktikkannya. Akan tetapi ramai blogger/usahawan internet luar Negara yang telah mempraktikkan teknik “save/share”.

#6: Gunakan Link Saranan

Letakkan link “Saran Blog Ini Kepada Rakan Anda” di blog anda. Sekiranya pelawat ingin memberitahu rakan mereka tentang kewujudan blog anda, mereka boleh berbuat sedemikian dengan adanya fungsi ini. Fungsi ini juga boleh dijumpai di laman sosial seperti facebook, friendster, myspace dan lain-lain. Teknik ini merupakan satu strategi pemasaran yang tidak memerlukan kos, tetapi memerlukan content yang baik.

#7: Kandungan Blog Selari Dengan Tema

Berkenaan dengan kandungan blog, saya berpendapat bahawa anda perlu memastikan kandungan blog bersesuaian dengan nama blog anda. Sekiranya blog anda mempunyai domain seperti resepitradisi.com, fokuskan artikel anda berkenaan jenis-jenis kuih atau resepi kuih. Artikel yang tidak mempunyai persamaan dengan tema blog sewajarnya dielakkan.

#8: Gunakan Kata Kunci Yang Sesuai

Pastikan laman web anda mempunyai kata kunci yang mudah diingati oleh pelawat. Sekiranya mereka terlupa url blog anda, mereka boleh cari semula url blog anda di Google atau Yahoo! menerusi kata kunci yang telah mereka gunakan sebelum ini. Sebagai contoh, kata kunci bagi blog Gaji Sendiri ini adalah ‘Cara Buat Duit Di Internet’ serta ‘Cara Buat Duit Dengan Blog’.

#9: Pastikan Blog Anda Mempunyai Jenama Tersendiri

9 teknik buat pelawat kembali ke blog
Bina jenama sendiri untuk laman web atau blog anda. Ini bertujuan agar pelawat tahu bahawa mereka kini berada di laman web anda. Anda disarankan agar konsisten dengan warna, tema ataupun logo blog. Jangan lupa juga untuk meletakkan laman Hubungi Kami‘ di blog anda agar pelawat senang untuk menghubungi anda.

6 comments:

chugie said...

baguih2!.. berbaloi2!

Cherrie Pie Sweety said...

hye dear, jom join shop&win contest http://trendyvoguecollection.blogspot.com

farra8979 said...

chugie: ^_^

cherrie pie sweety: insyaallah me dear... ^_^

Nur said...

salam
gd point... thanks dear

MAYA said...

good info... thanks
http://raulbella.blogspot.com/

Anwar Yassin said...

Salam...

terima kasih sebab sudi ambil artikel daripada blog saya. Semoga perkongsian yang sedikit ini membawa manfaat yang besar kepada anda semua.